5 Cara Dapatkan Rambut Lebat Wanita Secara Semulajadi Yang Anda Mesti Tahu

Rambut merupakan makhota bagi semua orang terutamanya kaum wanita. Maka tidak pelik untuk kita katakan bahawa penjagaan rambut adalah sama penting dengan penjagaan kulit muka.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips untuk rambut lebat wanita yang berguna untuk menghasilkan kesan rambut menawan dan sihat setiap masa.

Jenis masalah rambut yang selalu dialami

Sama ada rambut kita panjang, pendek, lurus, keriting atau ikal mayang, semuanya pasti tidak akan lari dari masalah rambut.

Terdapat beberapa jenis masalah rambut yang biasa dialami oleh kita. Antaranya adalah seperti:

1. Kerosakan rambut

Kerosakan rambut boleh dikenal pasti apabila kita mendapati rambut menjadi kering, kusam, dan bercabang. Kebiasaannya, masalah ini terjadi apabila seseorang itu kerap mengunjungi salon untuk mengayakan rambut mengikut kemahuan diri.

Punca masalah kerosakan rambut ini boleh bermula dari aktiviti:

  • Mewarnakan rambut
  • Meluruskan rambut
  • Mengeritingkan rambut
  • Terlalu kerap mencucinya
  • Terdedah kepada cahaya matahari, angin dan udara
  • Nutrisi yang tidak cukup
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Penggunaan syampu yang tidak sesuai

2. Keguguran rambut

Umumnya, rambut manusia akan melalui dua fasa utama iaitu anagen (rambut tumbuh dan kekal) dan telogen (rambut kekal dan gugur).

Sungguhpun dikatakan setiap manusia akan kehilangan kira-kira 100 helai rambut dalam sehari. Namun, keguguran rambut itu boleh berlaku atas pelbagai faktor.

Punca utama masalah keguguran rambut adalah kerana penuaan yang sehingga berpotensi menyebabkan kebotakan sebahagian atau penuh atas kepala.

3. Rambut beruban

Uban ialah sejenis rambut yang bertukar menjadi warna kekelabuan atau putih terutamanya mereka yang dalam kalangan sudah lanjut usia.

Selain disebabkan oleh faktor umur yang semakin meningkat, kesukaran mendapatkan rambut lebat wanita kerana rambut beruban boleh juga disebabkan oleh faktor lain seperti genetik, stress dan keadaan kesihatan individu itu sendiri.

Justeru itulah jika kita lihat, hari ini begitu ramai orang-orang muda yang beruban lebih awal dari biasa.

4. Rambut berminyak

Rambut berminyak petanda rambut rosak dan tidak sihat. Umumnya, memang kulit kepala kita ini sudah sedia ada mengandungi minyak semula jadi iaitu sebum yang mana fungsinya adalah untuk memastikan kulit kepala kekal lembap dan tidak kering.

Namun kesan pengeluaran sebum yang tidak terkawal akan menghasilkan minyak yang terlalu banyak sehingga menjadikan rambut berminyak.

Ini adalah awalan sesuatu yang tidak baik kerana lama kelamaan, rambut akan rosak dan penampilan diri juga terjejas.

5. Kelemumur

Masalah kelemumur pada rambut sudah menjadi masalah biasa yang sering dihadapi oleh setiap orang tidak kira lelaki atau wanita.

Untuk pengetahuan anda, kelemumur ini adalah sejenis masalah kulit kepala ringan yang merupakan antara simptom seborrheic dermatitis.

Biasanya ia berpunca dari sikap kita yang tidak mengeringkan rambut dengan baik selepas mencucinya.

Sudahlah rambut tidak kering, ditutup lagi dengan tudung, selendang, topi atau sebagainya sehingga menyebabkan terhasilnya kepingan berwarna kekelabuan / putih yang melekat ada pada kuli kepala.

6. Kutu

Kutu adalah sejenis serangga bersaiz sangat kecil yang hidup bergantung kepada darah manusia terutamanya pada kawasan kulit kepala.

Ia biasanya berlaku pada bayi dan kanak-kanak dan boleh juga berpindah daripada satu individu ke individu lain secara sentuhan.

7. Rambut berbau

Bau kepam boleh berlaku pada rambut terutamanya mereka yang bertudung. Selain itu punca lainnya boleh berlaku disebabkan oleh

  • Ketidakstabilan hormon tubuh badan
  • Stress dan masalah mental lain
  • Diet pemakanan
  • Tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya dua minggu sekali
  • Penggunaan produk rambut yang tidak sesuai

Tips natural dapatkan rambut lebat wanita

Tips yang kami kongsikan untuk dapatkan rambut lebat wanita ini adalah cara natural yang menggunakan bahan-bahan boleh kita temukan dengan mudah dan tidak mengandungi bahan kimia.

1. Minyak ikan  (merawat rambut rosak)

Asid lemak dalam Omega 3 minyak ikan mengandungi banyak protein serta nutrisi yang penting bagi kesuburan folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengalakkan rambut lebat wanita, dan kesihatan rambut secara keseluruhan.

2. Bijirin (melebatkan rambut)

rambut lebat wanita

Bijiran seperti roti dan cereal mengandungi zat zink, vitamin B, dan zat besi. Zink ini menjadi fokus utama dalam mendapatkan kesihatan rambut yang terbaik, memperbetulkan horman, dan menjadikan rambut lebat.

3. Kekacang (mengurangkan kelemumur)

rambut lebat wanita

Kekacang sarat dengan selenium dan mineral yang penting dalam meningkatkan kesihatan kulit kepala. Malah kekacang juga dapat mengurangkan masalah rambut kering dan kusut.

4. Lobak merah (menyinarkan rambut sihat)

rambut lebat wanita

Selain lobak merah dikenali ramai dalam menjaga kesihatan mata, ia juga sangat berfungsi dalam membantu rambut lebih bersinar.

Ini terbukti dengan adanya kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah, ia dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala.

5. Pisang (memelihara rambut)

Pisang membekalkan vitamin B6 yang mencukupi untuk membantu penyerapan nutrisi dari makanan sekaligus mengurangkan masalah penipisan rambut yang sering berlaku dalam kalangan wanita.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan tips rambut lebat wanita ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan dan informasi yang berguna untuk dijadikan panduan khusus setiap hari.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top