Ramai idam rumah tangga bahagia, Tokti Share tips bahagia untuk pengantin baru dan lama

Bila tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang idamkan kehidupan bahagia seperti beliau. Lebih-lebih lagi bila beliau dikurniakan cahaya mata Siti Aafiyah yang comel, ramai peminat merasakan kehidupan Tokti cukup lengkap dan ceria.

Dalam tak sedar perkahwinan mereka kini sudah hampir 13 tahun sehinggalah dikurniakan Siti Aafiyah Khalid yang sangat comel seperti ibunda tercinta.


Walau bagaimanapun, setiap pasangan suami isteri pastinya ada hubungan pasang surut dan tidak terkecuali untuk Datuk Seri Siti Nuhaliza dan suaminya.

Untuk itu, ramai peminat yang bertanyakan kepada beliau apa tips kebahagiaan rumah tangga yang diamalkannya.

Kami kongsikan 5 tips bahagia rumah tangga yang dari Tokti untuk renungan kita bersama.

1) Selesaikan masalah dengan secepat mungkin

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitulah juga dengan Tokti, di mana jika berlaku permasalahan, beliau akan selesaikan perkara tersebut secepat mungkin sebelum tidur.


Begitu jua dengan Datuk Khalid, beliau juga tidak suka ada masalah berpanjangan dan merasakan perlu selesaikan masalah dengan cepat.

2) Tunggu masa yang sesuai untuk berbicara

Menurut Tokti, suami isteri perlu bertolak ansur, berlembut dan tunggu masa yang sesuai untuk berbicara antara satu sama lain kerana masa itu otak lebih waras dan dapat berfikir dengan lebih baik.

3) Jika hal kecil saja, tidak perlu marah tanpa sebab

Tokti juga menjelaskan, dia tidak suka memarahi orang dan hanya bersifat tegas tapi kalau marah sekalipun ia bersebab.
Tapi kalau membabitkan hal kecil, tiada sebab untuk dirinya marah tak tentu hala.

4) Sabar dan toleransi dalam hubungan

Datuk Siti turut mendedahkan, sifat sabar dan toleransi dengan pasangan merupakan asas dalam sesebuah perkahwinan. 

Apatah lagi, kebahagiaan yang diperolehi kini juga dek kerana sifat sabar dan toleransi itu yang dititikberatkan sepanjang perkahwinan bersama suaminya. 

Sekiranya ada perkara yang tidak disenangi, mereka akan berbincang dari hati ke hati dan tidak menambahkan kekusutan dalam perbincangan tersebut. 

5) Selalu meluangkan masa bersama dan ahli keluarga

Meluangkan masa bersama suami juga antara tips bahagia suami isteri yang dikongsikan Datuk Siti. Misalnya menonton wayang sekalipun sudah dapat mengeratkan hubungan rapat bersama suami tercinta.
Selain itu, keluar bersama ahli keluarga yang lain juga dapat mengeratkan kasih sayang dan persaudaraan.

Untuk anda yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin, tiadak salah untuk mengikut tips ini. Jaga amanah dalam perkahwinan itu dengan sebaiknya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top