Rahsia naikkan seri untuk bakal pengantin nampak ‘wow’ macam puteri

Hari pernikahan adalah hari paling bersejarah untuk setiap wanita dan kenangan manis itu diabadikan melalui gambar atau video yang pasti mengimbau kenangan apabila ditatap atau ditonton semula untu itu tidak hairan setiap bakal raja sehari mahu kelihatan berseri, cantik dan anggun untuk dijadikan kenangan abadi.

Begitu juga dengan persiapan bakal pengantin, ada yang suka melakukan perawatan pengantin mengikut tradisi lama bermula dengan mandi bunga atau herba, hinggalah ke andaman pengantin cara lama. Namun ada yang selesa dengan cara ringkas mungkin kesempulannya mereka pasti memilih gaya mudah hanya ke salun.

Tidur secukupnya sekurang-kurangnya sehari sebelum atau seminggu sebelum majlis

Tidur yang cukup dapat membantu bakal pengantin merehatkan minda dan tekanan dalam menghadapi hari besarnya. Dengan minda yang lebih tenang, dapat membantu mengeluarkan aura seri pengantin. Selain itu, dapat mengelakkan atau mengurangkan hitam serta bengkak di bawah mata kerana tidak cukup tidur.

Rawatan muka serta badan terakhir seminggu sebelum hari besar

Pastikan rawatan ini dilakukan seminggu sebelum kerana mahu mengelakkan sebarang reaksi kulit yang mungkin timbul selepas rawatan muka atau badan.

Detoks  badan seminggu sebelum

Detox bagus untuk mengurangkan toksin dalam badan serta pengumpulan air berlebihan dalam badan yang akan membantu meringankan berat badan. Pembuangan toksin ini membantu menyerikan lagi kulit anda.

Membuang bulu roma wajah dan badan

Untuk kulit kelihatan lebih licin dan berseri, rawatan ‘waxing’ atau ‘threading’ boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari bersejarah anda. Threading sesuai untuk membuang roma di muka untuk menampakkan kulit kelihatan lebih cerah, licin dan berseri.

Tentukan imej pengantin anda melalui persona personaliti anda

Imej diri atau bagaimana konsep solekan serta pakaian pengantin anda harus ditentukan sewaktu anda membuat perancangan perkahwinan anda. Ini penting agar personaliti anda menyerlah pada hari penting anda untuk anda berpuas hati dengan imej diri anda bagi membina keyakinan diri pada di hari bahagia anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart