Gadis Masih Mampu Tersenyum Lepas Putus Tunang Saat Akhir, Rombongan Lelaki “Lesap” Di Majlis Pertunangan

Setiap pasangan yang bercinta dan bersedia untuk melangkah ke fasa yang lebih serius, pastinya mereka akan mengikat tali pertunangan. Namun, tidak semua yang kita awali dengan bahagia itu juga hasilnya mendatangkan kebahagiaan kepada kita. Putus tunang saat akhir boleh terjadi kepada mana-mana pasangan di luar sana.

Dikhianati pasangan lebih sakit bila kita dah “sayang”

Sakitnya rasa dikhianati bila kita meletakkan hati kepada seseorang semasa bercinta tidaklah sebanding rasa sakit yang dirasai ketika kita sama-sama mahu melangkah ke fasa yang lebih serius seperti bertunang atau berkahwin.

Pasangan yang memilih untuk bertunang atau berkahwin tentunya sudah berbincang dan bersedia untuk memberi komitmen yang terbaik dalam mengarahkan hubungan ke jalan yang lebih diredhai oleh Nya.

Siapa sangka, kekasih yang selama ini disangka menjadi “teman hidup’ rupanya “musuh” yang bersembunyi dengan sebuah perkataan yang bernama cinta.

Gadis redha putus tunang saat akhir bila rombongan lelaki tak datang

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik di TikTok tentang seorang gadis yang bernama Syafiqah. Video itu memaparkan perkongsian sedih yang terjadi kepada dirinya selepas dia putus tunang saat akhir kerana rombongan lelaki yang tidak datang ke majlis pertunangan mereka.

Persiapan dikatakan sudah siap 100% termasuklah hantaran, hidangan makanan untuk keluarga lelaki, solekan, dan sebaginya. Namun sayangnya rombongan dari pihak lelaki tidak pun kunjung tiba.

“Hantaran kita dah siap awak. Umi dah siapkan masak nasi minyak. Kawan rapat pun dah sampai dari Kuala Lumpur. Saya tengah make up ni. Cantikkan inai saya? Tapi awak tak ada. Awak tak datang. Sekelip mata dah berubah. Saya tetap teruskan semuanya tanpa awak di sisi.”

Walau bagaimanapun, gadis itu tetap redha dengan apa yang berlaku kepada diri dan keluarganya itu. Dia yakin akan hikmah yang lebih besar menanti di sebalik episod duka yang berlaku ini.

Netizen titip doa dan nasihat

Menyingah ke ruangan komen, video yang telah mendapat 35.7K likes itu mendapat banyak komen nasihat dan doa yang baik-baik kepada gadis ini.

“Pegang kata-kata ni baik-baik. Kemanisan dihujung, awalnya memang perlukan air mata tau. Bersangka baiklah dengan Yang Maha Mengetahui.”

putus tunang saat akhir

“Hi semua wanita dekat luar sana. Kita semua kuat menghadapi segala ujian teruskan melangkah walau berkali-kali ditolak jatuh.”

putus tunang saat akhir

“Saya biasa kena time nak nikah/kenduri lagi sebulan je. Dia cancel majlis then kena sekali pakej fitnah lagi. Alhamdulillah setahun kemudian bertemu jodoh.”

putus tunang saat akhir

“Boleh claim damages for broken of promise to marry. Ramai yang tak tahu tapi intenton to marry is bound by the law, it’s a social agreement.”

Sungguhpun sesuatu rezeki itu mungkin sudah didepan mata, dan hanya selangkah sahaja kita boleh memperolehnya. Namun jika Allah SWT tidak berkehendak agar ia dimiliki oleh kita, maka tidak mungkin kita akan mendapatkannya.

Justeru itu, letaklah segala pengharapan dalam hidup ini hanya pada Allah SWT semata-mata.

Kerana meletakkan harapan dan sandaran kepada Nya tidak akan pernah sesekali dikhianati tetapi bila manusia meletakkan manusia sebagai sandaran, yang dia terima hanyalah sedih dan air mata. Kerana sifat manusia itu tidak sempurna, dan mempunyai isi hati yang berbeza-beza walau warna rambut sama warna.

Kepada pasangan di luar sana yang pernah melalui putus tunang saat akhir seperti ini, harapnya anda semua boleh redha, dan ikhlas dengan apa sahaja ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah. Dibalik semua ini, pasti ada kebaikan yang lebih baik dituliskan untuk kita nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart