30 Senarai Pulau Di Sabah Yang Menarik Untuk Percutian Bersama Keluarga

Sabah terkenal dengan keindahan pantai dan pulaunya sehingga ada yang memberi gelaran sebagai “Maldives Asia Tenggara” disebabkan kehebatan alam semulajadi yang begitu mempersonakan ada di sini.

Berkesempatan dengan cuti persekolahan panjang, kami akan kongsikan kepada anda semua mengenai senarai pulau di Sabah yang menarik dan hebat untuk dijadikan destinasi percutian indah bersama keluarga atau yang tersayang.

Destinasi pelancongan pulau-pulau di Sabah

Rekod Ukur dan Pemetaan serta Pusat Hidrografi Kebangsaan telah menunjukkan bahawa terdapat 879 pulau di negara ini. Dan dalam bilangan itu Sabah antara yang paling banyak sekali pulau iaitu sekitar 392 buah pulau.

Bagi kali ini, kami akan senaraikan kepada anda 30 buah pulau di Sabah yang terbaik untuk dikunjungi.

1. Pulau Lankayan

pulau di sabah

Pulau lankayan adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Beluran, Sabah atau lebih tepat di Laut Sulu. Disini terdapat pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang sangat menarik.

Tarikan utama yang popular di sini sudah tentulah pelancong berkesempatan untuk melihat sendiri whale shark.


2. Pulau Tiga

pulau di sabah

Pulau Tiga atau juga dikenali sebagai survivor island memiliki keindahan alam semua jadi yang sangat luar biasa.

Pulau ini menjadi lokasi percutian menarik buat sesiapa yang cintakan alam semula jadi serta lautan membiru.


3. Pulau Pom Pom

pulau di sabah

Pulau Pompom ini yang agak terpencil tetapi terkenal sebagai lokasi selaman yang menyajikan pemandangan bawah lautnya yang begitu memukau.


4. Pulau Kapalai

Pulau Kapalai yang terletak di daerah Tawau yang mempunyai tebing pasir yang sungguh menarik dan unik berbanding pulau-pulau lain di Malaysia.


5. Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau yang terhasil dari batu kapur dan dinobatkan sebagai salah satu pulau yang paling cantik di dunia.

Ia mempunyai ketinggian 600 meter dari dasar laut dan luas 40 ekar. Tarikan utamanya adalah didiami oleh pelbagai kehidupan laut termasuklah penyu.


6. Pulau Mataking

pulau di sabah

Pulau yang berjiran dengan Filipina ini adalah salah satu pulau cantik dalam kawasan Semporna.

Seluruh kawasan pulau ini dikelilingi batu karang, dan di sini ada 30 tempat scuba diving yang boleh dicuba.


7. Pulau Mabul

pulau di sabah

Pulau Mabul adalah pulau kecil berbentuk bujur yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan terletak di barat daya Sabah.

Ia dikelilingi oleh terumbu cerun lembut, air yang jernih serta menjadi salah satu tempat terbaik untuk fotografi makro dasar laut di dunia.


8. Pulau Gaya

pulau di sabah

Pulau Gaya merupakan sebuah pulau dan juga hutan hujan. Ia adalah destinasi percutian popular di Sabah namun agak tidak sesuai bagi yang mahu bercuti bersama keluarga kerana kurangnya jaringan pengangkutan yang disediakan.


9. Pulau Mamutik

pulau di sabah

Pulau Mamutik menjadi tumpuan setiap kali pelancong ke Sabah. Untuk ke sini, kita perlu turun ke Jesselton Point dan sewa bot untuk ke pulau tersebut. Perjalanan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 15 minit.

Ia memang sesuatu yang berbaloi, kerana tibanya di pulau ini kita akan disajikan dengan keindahan pasir pantainya yang memutih dan airnya yang jernih.


10. Pulau Manukan

Diantara lima buah pulau yang ada di Tunku Abdul Rahman National Park, Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di sana.


11. Pulau Sapi

pulau di sabah

Pulau Sapi antara pulau yang sangat cantik tetapi tidak terlalu ramai pengunjung. Namun begitu, di sini pengunjung agak terbatas sebenarnya untuk melakukan aktiviti terutamanya aktiviti air tidak seperti kebanyakkan pulau di Sabah yang lain.


12. Tun Sakaran Marine Park

Tun Sakaran Marine Park atau juga dikenali sebagai Semporna Islands Park sebenarnya terbentuk dari sebuah gugusan pulau.

Gugusan pulau ini terdiri daripada Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan juga Mantabuan.


13. Pulau Bodgaya

Pulau Bodgaya adalah pulau terbesar di Tun Sakaran Marine Park. Ia mempunyai keluasan seluas 7.96 km2 dan dikenali sebagai lokasi popular terumbu karang dan tinggalan gunung berapi yang tidak lagi aktif.


14. Pulau Bohey Dulang

pulau di sabah

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Keistimewaan pulau ini ialah ia mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter.

Duduk sambil  menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.


15. Pulau Mantabuan

pulau di sabah

Pulau Mantabuan adalah pulau terkecil yang berkeluasan sekitar 10 hektar sahaja dan berada dalam Tun Sakaran Marine Park.

Suku kaum Bajau Laut adalah penduduk yang banyak mendiami pulau ini yang mana mereka tinggal di dalam rumah bot atau rumah air.


16. Pulau Selingan

Pulau kecil yang padat dan cukup sempurna buat anda yang mahu merasai pengalaman melihat penyu pada waktu malam, Pulau Selingan adalah tempatnya.

Tarikan utama di sini ia mempunyai sebuah program pemuliharaan penyu yang membolehkan pengunjung datang dan melihat sendiri penyu-penyu tersebut di Tapak Penetasan Penyu.


17. Pulau Bakungan Kecil

Pulau Bakungan Kecil atau juga dikenali sebagai Little Bakkungan Island merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh Laut Sulu.

Ia merupakan pulau terbesar diantara tiga buah pulau yang membentuk Turtle Island National Park.


18. Pulau Timba-Timba

Pulau Timba-Timba lokasi “panas” buat pelancong yang inginkan sebuah pantai indah tetapi simple.


19. Pulau Mengalum

Bagi anda yang mencari pulau di Sabah yang jauh dari ramai orang dan tidak sesak, Pulau Mengalum ini mungkin antara senarai yang sesuai.

Pulau ini antara lokasi hidden gem di Sabah yang mempunyai pasir pantai putih dan air laut biru yang memukau. Birunya air luat di sini sehinggakan sesiapa yang mahu melihat ikan-ikan yang berenang pun tidak perlu menyelam terlalu dalam untuk menemukannya.


20. Pulau Mantanani

Pulau Mantanani mempunyai rekod pulau paling bersih berbanding Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Ia berjarak hanya sekitar satu jam setengah perjalanan dari Kota Kinabalu.

Lokasi ini sangat sesuai buat kaki selam yang mencari pengalaman berbeza dari pulau di Sabah yang lain kerana di sini mempunyai kehidupan marin yang menakjubkan.


21. Pulau Dinawan

Jika anda sedang mencari lokasi pulau di Sabah yang boleh merehatkan dan menenangkan fikiran, Pulau Dinawan mungkin destinasi yang sesuai.

Ini kerana pulau ini sedikit terpencil dan sangat meriah dengan pemandangan alam semula jadinya yang mengasyikkan.


22. Pulau Sepanggar

Pulau Sepanggar dikenali dengan warna pantainya yang putih dan air lautnya yang biru. Ramai yang tidak tahu akan kehadiran pulau ini biarpun saiz pulau ini dikatakan 2 kali ganda besarnya berbanding Pulau Manukan.

Antara tarikan utama disini adalah scuba diving, kayak, memancing dan jungle trekking.


23. Pulau Bum Bum

Pulau Bum Bum adalah sebuah pulau yang terpisah dari daratannya kerana sebuah terusan yang dipanggil sebagai Terusan Tando Bulong.

Tarikan utama yang anda boleh lakukan disini adalah mengunjungi Tun Sakaran Marine Park dan mengunjungi ladang rumpai laut.


24. Pulau Layang-Layang

Pulau Layang-Layang adalah pulau buatan manusia yang khusus dibuat untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pulau ini kaya dengan pelbagai hasil laut yang unik dan menarik seperti kuda laut, hammerhead shark, grey reef shark, leopard shark dan banyak lagi.


25. Pulau Timbun Mata

Pulau yang mempunyai panjang 26 kilometer dan lebar 10 kilometer ini merupakan antara pulau terbesar yang ada di bahagian selatan Darvel Bay.

Pulau Timbun Mata menghiasi pemandangan dengan sebuah gunung yang berketinggian 620 meter iaitu Gunung Tannabalu.


26. Pulau Jambongan

Pulau Jambongan dikatakan sebagai pulau kedua terbesar di Sabah dan sangat dikenali ramai. Pulau ini kaya dengan hasil bumi dan mempunyai pantang larang yang tertentu oleh masyarakat asli suku kaum Bajau dan Suluk.

Hal ini kerana, pulau ini sehingga kini masih didiami oleh majoriti suku kaum Baju dan Suluk serta kuasa magis lain yang dipercayai.


27. Pulau Malawali

Tumpuan lain pelancong di Laut Sulu selain Pulau Lankayan adalah Pulau Malawi yang berada dalam daerah Kudat dan terletak berhampiran dengan Pulau Banggi dan Pulau Balambangan.

Menarik di sini, kita boleh melihat pelbagai bentuk terumbu karang yang unik dan melakukan aktiviti skuba bersama-sama.


28. Pulau Timbang

Pulau Timbang mempunyai sejarah tersendiri dengan seorang pengembara dari Jerman iaitu William Clarke Cowie. Pada zaman dulu dikatakan ramai pedagang daripada Jerman yang datang dan menginap di sini.


29. Pulau Berhala

Pulau berhala adalah pulau berhutan yang terletak di Sandakan. Saiznya kecil sahaja kira-kira 5 hektar tanah.

Namun yang menarik, di sini kita boleh menemukan beberapa jenis burung pemangsa seperti Brahminy Kites, Serpent Eagles dan Sea Eagles.


30. Pulau Banggi

Dikategorikan sebagai antara pulau terbesar di Sabah juga, Pulau Banggi adalah pulau yang padat dengan kawasan penempatan penduduk tempatan.

Diharapkan perkongsian mengenai senarai pantai di Sabah ini dapat memberikan anda informasi yang berguna bagi merancang aktiviti percutian dalam Malaysia dengan sebaik mungkin. Ingat utamakan keselamatan dan keselesaan walau di mana jua kita berada.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart