PKP dilanjutkan: Majlis kahwin, tunang dilarang! Sila lapor polis jika ada maklumat langgar SOP

Majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan pertunangan masih tidak dibenarkan diadakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mendapati terdapat mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kalau dilihat perkara yang berlaku melibatkan pelanggaran SOP, saya berharap rakyat membantu kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Ada kes yang kita terima daripada media sosial, ada video yang dihantar dan diviralkan. Kalau perkara tersebut betul-betul berlaku, ia juga boleh membantu pihak polis untuk mengambil tindakan.

“Oleh itu, individu dalam kalangan rakyat yang tahu berlakunya pelanggaran di mana-mana, mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 diumumkan dilanjutkan sehingga 18 Febuari kecuali bagi negeri Sarawak.

Aktiviti sosial dan rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart