11 Tips Pilih Baju Kebaya Pengantin Moden Yang Tepat Mengikut Saiz Bentuk Tubuh Badan

Dapat mengayakan baju pengantin idaman sendiri pada hari bahagia pastinya merakam momen yang sangat istimewa kepada diri. Banyak sebenarnya kaum wanita di luar sana yang teringin untuk pilih baju kebaya pengantin pada hari bahagia.

Namun begitu masih ramai yang takut untuk mengayakannya dan ragu-ragu dengan bentuk tubuh badan sendiri. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips bagaimana untuk pilih baju kebaya pengantin yang tepat mengikut tubuh badan kita.

Jenis saiz bentuk tubuh badan

pilih baju kebaya pengantin

Setiap wanita mempunyai pelbagai saiz dan jenis bentuk tubuh badan yang tersendiri. Dan inilah yang memberi keunikan serta keistimewaan bagi setiap seorang daripada kita.

Dalam mengayakan baju yang tepat, selain rekaan baju ianya turut bertitik tolak kepada bentuk badan kita juga.

1. Bentuk pear

pilih baju kebaya pengantin

Bagi badan yang berbentuk pear, pada bahagian pinggulnya lebih besar dari bahagian dada dan mempunyai pinggang yang agak berbentuk. Pada bahagian bahu dan dada pula ia lebih kecil, sedangkan bahagian punggung atau peha lebih besar atau lebar.

Mereka yang bertubuh pear memiliki leher yang jinjang serta selari dengan bahu dan lengan yang kurus. Pinggang menjadi aset terbaik yang dimiliki oleh mereka berbadan pear.

2. Bentuk epal

pilih baju kebaya pengantin

Bagi badan yang berbentuk epal, mereka memiliki bahagian bahu atau dada yang lebih besar dan lebar. Bahagian punggung dan pehanya pula lebih kecil.

Perbezaan yang ketara antara bentuk badan epal dan segi tiga adalah epal bahagian pinggang kurang terbentuk manakala segi tiga terbalik kelihatan sedikit berlekuk di bahagian pinggangnya. Kaki menjadi aset terbaik yang dimiliki oleh mereka berbadan epal.

3. Bentuk hourglass

pilih baju kebaya pengantin

Bentuk tubuh badan hourglass menjadi idaman setiap wanita tentunya. Ia dikategorikan sebagai saiz yang cukup sempurna dan ideal kerana memiliki dada dan bahu sederhana lebar serta bentuk pinggang dan punggung yang sedikit berisi.

Pinggang menampakkan lekuk yang anggun sehingga ke bahagian pinggul dan inilah menjadi sisi indah bagi tubuh badan kita.

4. Bentuk segi empat

pilih baju kebaya pengantin

Mereka yang memiliki tubuh badan empat segi menampakkan tubuh badan yang sama rata dari atas sehingga je bahagian bawah. Malah lekuk pinggang juga kurang kelihatan dan boleh diibaratkan lurus seperti pembaris.

Bentuk tubuh seperti ini menjadi kebiasaan bagi rata-rata wanita di dunia. Bahagian pinggul dan dada adalah seimbang, namun bahagian pinggang kurang terbentuk.

Keseluruhannya, bahagian bawah badan lebih rata daripada pusingan badan. Kaki menjadi aset terbaik yang dimiliki oleh mereka berbadan segi empat.

Cara pilih baju kebaya pengantin yang sesuai

Kebiasaannya, penjual baju akan menyediakan carta jadual ukuran untuk buat semakan ukuran yang tepat pada tubuh kita. Namun tentunya, ada segelintir dari kita yang ingin baju yang sedikit longgar atau sedikit ketat dari ukuran asal.

Untuk menyesuaikan atau ubah ukuran tersebut dengan badan kita, boleh lihat pada ukuran bahu yang sedikit besar dari saiz kita. Berikut ini adalah cara pilih baju kebaya pengantin mengikut bentuk tubuh badan.

1. Bentuk tubuh badan epal

Aspek yang perlu ditekankan bagi tubuh badan epal adalah pada bahagian bawahnya dan garis leher. Nampakkan bentuk kaki dan pilih baju kebaya yang mempunyai haris leher berbentuk V bagi mencipta ilusi tubuh yang memanjang.

Kebaya dengan potongan garis tegak sangat ideal untuk kita. Pastikan juga kebaya itu mempunyai motif menarik, warna-warna gelap, jenis gaun lengan penuh atau 3/4.

Elakkan dari menggunakan kebaya dengan bahagian bawahnya yang ketat atau pengikat pinggang di bawah pinggang.

2. Bentuk tubuh badan hourglass

Oleh kerana, tubuh badan hourglass dianggap sangat sempurna, pemilihan baju kebayanya juga perlu tepat. Kebaya wajib memiliki bentuk curve yang betul bagi menampakkan sepenuh kelebihan yang ada bagi bentuk tubuh ini.

Kebaya yang memperlihatkan garis pinggang sesuai untuk kita. Garis berbentuk leher V membantu untuk menonjolkan bahagian atas tubuh.

Bagi menampakkan pinggang lebih menarik, gunakan pengikat pinggang di bahagian pinggang atau bawah pusat.

3. Bentuk tubuh badan pear

Bagi tubuh badan berbentuk pear, kita sesuai untuk pilih baju kebaya pengantin yang bermotif untuk menambah definisi agar tubuh bahagian atas kelihatan lebih menarik.

Pilih juga baju kebaya yang mempunyai bahagian bawahnya ketat atas yang longgar bagi mencipta ilusi seakan bentuk tubuh hourglass.

4. Bentuk tubuh badan segi empat

Bentuk tubuh badan segi empat menampilkan aset lengan dan kaki sebagai aspek penting untuk pilih baju kebaya pengantin. Oleh itu, amat sesuai untuk pilih skirt berbentuk A-Line, bahagian atas yang bermotif dan berlapis.

Elakkan dari menggunakan kebaya dengan rekaan payung kerana ia akan menengelamkan tubuh badan anda yang menarik itu.

5. Bentuk tubuh badan segi tiga terbalik

Oleh kerana bentuk tubuh badan segi tiga terbalik mempunyai bahagian pinggul yang sempit dari bahu, maka lebih sesuai untuk gunakan skirt dengan potongan pensil atau skinny.

Kebaya dengan V-neck pilihan terbaik untuk menciptakan ilusi bahu yang sempit. Dalam masa yang sama elakkan dari memilih rekaan baju yang terlalu sarat dengan corak.

Tips pemakaian baju kebaya bagi nampak slim

Siapa kata wanita bertubuh “montel” tidak sesuai mengenakan baju kebaya untuk menghadiri apa-apa majlis seperti majlis perkahwinan atau sebagainya?

Berikut ini adalah beberapa tips berkesan yang boleh dipraktikkan semasa memakai baju kebaya agar tampak lebih slim dan menarik.

  • Pilih kombinasi warna baju kebaya yang tidak terlalu mencolok mata dan gelap seperti hijau tua, ungu tua, biru tua atau merah tua.
  • Pilih corak kain atau sulaman baju yang vertikal dengan saiz kecil.
  • Pilih ukuran baju yang tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar.
  • Pilih rekaan baju kebaya yang mempunyai ukuran leher yang lebar atau berbentuk V.
  • Elakkan dari terlalu banyak labuci dan aksesori pada baju.
  • Gunakan korset untuk memperbaiki bentuk tubuh lebih menarik dan tampak tegap.

Diharapkan artikel kami berkenaan dengan tips pilih baju kebaya pengantin ini dapat memberikan anda semua khususnya bakal pengantin perempuan di luar sana informasi yang bermanfaat dan berguna untuk merancang busana yang tepat bagi majlis perkahwinan nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart