Photoshoot baju sanding di perkuburan kristian, pemilik butik akui kesilapan dan mohon maaf

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar fotografi baju perkahwinan dari butik Mummy Queen Wedding Couture yang menimbulkan rasa kurang senang dan pelbagai spekulasi kurang baik di kalangan netizen.

Gambar tersebut memeparkan seorang model memperaga busana perkahwinan di kawasan perkuburan kristian.

Tindakan tersebut dikatakan tidak menghormati tanah perkuburan agama lain serta dilihat seolah mencemar imej orang islam. Perkongsian daripada seorang pengguna Twitter menyelar tindakan individu yang dikatakan tidak betanggungjawab.

Pemilik butik pengantin tersebut, Nur Amirah Mohd Amiruddin mengakui kesilapan dan memohon maaf. Beliau menyatakan gambar berkenaan diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat.


Menurutnya, gambar itu diambil untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti. Katanya, pemilihan lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.

Beliau juga jelaskan, niatnya memuatnaik gambar tersebut tiada niat untuk mempersendakan sensitiviti mana-mana agama.

Namun, tindakannya itu mendapat kritikan dari warganet dan menganggap ianya satu perbuatan melampau.

Ia juga mendapat komen dari PU Amin yang mengatakan ianya tidak sepatutnya berlaku kerana ada banyak lagi tempat cantik yang boleh dijadikan lokasi photoshot.

Diharap, mana-mana butik pengantin mahupun sesiapa sahaja agar lebih peka dengan sensitiviti yang melibatkan bangsa dan agama. Kita tidak boleh terlalu terbuka dengan mengambil contoh negara luar kerana sensitiviti pelbagai pihak perlu diambil kira.


Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart