Pesanan untuk yang bakal bertunang dan telah bertunang untuk anda hadam

Bertunang tidak dinafikan ada dalam adat budaya kita sebagai tempoh perkenalan lelaki dan perempuan. Bukan itu sahaja, tempoh bertunang juga merupakan tempoh dimana keluarga lelaki dan perempuan membina hubungan baik dan merapatkan silaturrahim.

Orang tua-tua selalu pesan kalau dah berkenan dihati tu, cepat-cepatlah masuk meminang untuk memelihara maruah masing-masing dan juga menjauhi dari anasir-anasir si mulut murai atau lebih tepat lagi makcik bawang.


Dah kalau bertunang tu jangan pula ikat lama sangat untuk ke alam perkahwinan sebab katanya nanti makin banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Kalau niat kita baik, mesti semuanya dipermudahkan. Lagipun bertunang itu adat sahaja, jika ada rezeki seeloknya nikah terus.

Biasanya, dalam fasa tempoh bertunang inilah kita mengenali sikap sebenar bakal pasangan kita. Dalam tempoh ini jugalah kita boleh membuat keputusan sama ada ingin meneruskan ikatan ataupun sebaliknya.

Bukanitu sahaja, sebenarnya dugaan bertunang ini juga mendidik kita erti sabar. Jika benar sayang, masa inilah kita bersabar dan setia kepada bakal pasangan. Ini kerana, selepas berkahwin pelbagai lagi masalah dan dugaan lebih hebat akan berlaku. Waktu ini anda sudah tak perlu risau kerana sudah mengerti bagaimana cara menghadapi dugaan bersama pasangan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart