Fakta Unik! 10 Negara Yang Amalkan Perkahwinan Aturan Keluarga

Siapa kata perkahwinan aturan keluarga tidak wujud lagi di dunia moden ini? Tentunya masih terdapat beberapa masyarakat dan negara yang mengamalkan jenis perkahwinan seperti itu.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa negara yang kebiasaannya ada amal perkahwinan aturan keluarga.
Hukum perkahwinan aturan keluarga dalam Islam
Setiap ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka termasuklah berkenaan dengan jodoh. Namun dalam Islam, pengantin wanita dan lelaki masing-masing mempunyai hak dalam menentukan dengan siapa dia bakal berkahwin.
Ibu bapa perlu mendengar pendapat anak-anak tanpa memberi tekanan dalam memilih pasangan hidup kerana tiada paksaan dalam perkahwinan.
Dalam kata lain, wali berhak untuk mengikuti apa yang diketahuinya, namun tidak boleh memaksa orang yang ada di bawah perwaliannya untuk menikah kerana dia tidak memiliki kuasa untuk itu.
Bahkan, seorang wanita berhak menolak mana-mana lelaki yang ingin mengahwininya, walaupun keluarganya bersetuju dia bertunang dengan lelaki tersebut.
Manakala, seorang lelaki yang bakal berkahwin juga perlu memastikan calon pengantin perempuan setuju untuk menjadi pasangannya.
Negara dengan keunikan perkahwinan aturan keluarga
Menurut dapatan yang kami rujuk, terdapat beberapa negara di dunia ini yang masih mengamalkan perkahwinan aturan keluarga.
Antara negara yang mengamalkan perkahwinan jenis ini adalah seperti yang berikut:
1. China

Perkahwinan aturan keluarga masih jelas diamalkan oleh sebahagian penduduk di kawasan pedalaman China. Adat mereka, pengantin lelaki boleh untuk memilih mana-mana wanita idaman yang disukai.
Kemudian, kaum keluarga akan bertindak dengan menyiasat semua latar belakang wanita tersebut termasuklah reputasinya, dan lain-lain.
Sama ada diterima atau tidak wanita itu sebagai pasangan untuk anak mereka, kaum keluarga juga bertanggungjawab untuk memutuskan keputusan tersebut.
Sekiranya keputusan adalah positif, maka satu pertemuan di antara kedua-dua belah pihak keluarga akan dibuat sebelum dibenarkan berkahwin.
2. Pakistan

“Pait Likkhi” adalah sejenis perkahwinan aturan keluarga yang diamalkan oleh masyarakat Pakistan.
Adat ini dilakukan dengan mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga untuk mengahwinkan anak-anak mereka sejak lahir atau sebelum lahir lagi.
Upacara perkahwinan sebenar hanya diadakan apabila umur kedua-dua pasangan ini sudah mencapai usia remaja.
3. Jepun

Kunci kepada perkahwinan aturan keluarga, masyarakat Jepun berpegang kepada prinsip untuk mengekalkan takhta, harta dan kelangsungan pemahaman yang sama dari segi pegangan agama, dan sebagainya.
Apa yang menarik, masyarakat mereka sendiri mempunyai seorang pencari jodoh yang digelar sebagai “Nakado”.
Mereka ini bertanggungjawab untuk mencari pasangan yang sesuai bagi mana-mana lelaki atau perempuan yang ingin berkahwin.
4. India

Pemahaman kepada konsep “perkahwinan adalah urusan orang tua” menjelaskan dengan terperinci bahawa sesetengah masyarakat di India memang berkait rapat dengan jenis perkahwinan aturan keluarga.
Mereka ini biasanya terlalu menjaga akan kelas kasta yang sama, horoskop yang sama, dan mengikut kepada adat-adat India untuk elak dari tabu.
5. Israel

Yahudi ortodoks mengamalkan sejenis perkahwinan dipanggil “Shidduch”. Mereka amat dilarang untuk bercinta secara suka-suka tanpa ingin menikah.
Justeru itu, untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar, seorang wanita akan diperkenalkan oleh pihak keluarga dengan seorang lelaki dan mereka dibenarkan berkenalan untuk beberapa ketika sebelum berkahwin.
6. Iran

Secara tradisinya, perkahwinan yang diatur di Iran dimulakan oleh keluarga pengantin lelaki melalui cadangan perkahwinan rasmi.
Bagaimanapun, untuk mengikuti perkembangan zaman moden, kerajaan Iran telah memperkenalkan aplikasi temu janji Muslim.
Aplikasi yang diluluskan kerajaan ini direka khusus untuk memelihara nilai dan budaya keluarga Iran.
7. Iraq

Iraq adalah sebuah negara yang mempunyai ramai tradisionalis dan di mana wanita biasanya mempunyai status yang lebih rendah daripada lelaki.
Oleh itu, sesetengah perkahwinan yang diatur cenderung menindas wanita, yang sering mendapati diri mereka dalam perkahwinan kanak-kanak dan perkahwinan paksa.
8. Indonesia

Perkahwinan yang diatur di Indonesia adalah perkara biasa di kawasan luar bandar dan kadangkala perkahwinan kanak-kanak.
Inilah sebabnya mengapa parlimen Indonesia terpaksa meminda Akta Perkahwinan negara dan menaikkan umur sah seorang gadis boleh berkahwin kepada 19 tahun.
Kebanyakan perkahwinan yang diatur di luar bandar Indonesia berlaku atas sebab ekonomi.
9. Korea Selatan

Perkahwinan yang diatur ialah kepercayaan tradisional yang berakar umbi di Korea Selatan yang masih berleluasa di masyarakat luar bandar.
Walaupun pasangan mempunyai lebih banyak kebebasan apabila memilih pasangan perkahwinan mereka, persetujuan ibu bapa terhadap kesatuan itu tetap dipandang tinggi.
Kadangkala, broker perkahwinan digunakan untuk membuat pengaturan yang diperlukan.
Broker perkahwinan ini membantu ibu bapa memastikan pasangan anak-anak mereka adalah daripada latar belakang ekonomi dan budaya yang boleh diterima.
10. Bangladesh

Bangladesh juga merupakan salah satu negara perkahwinan yang diatur di mana perkahwinan paksa menjadi kebimbangan.
Perkahwinan yang diatur telah wujud selama ratusan tahun di Bangladesh dan melambangkan pakatan dua keluarga.
Mereka juga melibatkan konsep perkahwinan atau mas kahwin, iaitu harta atau wang yang diberikan oleh keluarga wanita kepada suaminya dalam perkahwinan mereka.
Diharapkan perkongsian kami mengenai negara yang masih amalkan perkahwinan aturan keluarga ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.
Artikel Berkaitan:
- 8 Petanda Anda Sedang Berhadapan Dengan Pasangan Toksik
- Tanda Lelaki Sayang Kita Tapi Malu Nak Tunjuk
- Benarkah Muka Seiras Itu Tandanya Jodoh Kuat