Peringatan kaum wanita! Ini cara upload gambar di media sosial elak jadi mangsa sihir

Siapa boleh sangka dan meneka perasaan dengki dalam hati manusia yang kotor ? Pandai berpura-pura baik dengan kita, sering memuji dan menyatakan kebanggaan dalam kejayaan atau apa yang kita ada. Namun, disebaliknya penuh dengan dengki dan cemburu.


Manusia yang mempunyai hati yang lemah sebegini, memang akan membiarkan dirinya dirajai oleh perasaan cemburu dan dengki. Sehinggakan tidak boleh melihat kita senang atau bahagia walaupun sedikit!


Ramai yang tidak sedar dari mananya punca seseorang individu boleh menjadi mangsa sihir mahupun santau manusia busuk hati. Kadang kala hanya dengan mendapatkan sekeping gambar sahaja sudah cukup untuk digunakan. Oleh itu, Donna mahu kongsikan tips untuk elak diri daripada menjadi mangsa sihir dan santau dalam pada masa yang sama masih lagi boleh menikmati media sosial.

Mata Elak Kamera


Pastikan anda tidak meletakkan gambar anda yang menunjukkan mata anda jelas memandang ke arah lensa kamera. Usah pula korek biji mata tu. Hanya perlu elak memadang tepat pada lensa! Ha seperti dalam gambar di bawah ini, ajak sahaja rakan-rakan berlakon seperti ini.

Selfie Separuh


Selain itu, anda juga boleh mencuba langkah untuk mengambil gambar yang separuh. Jika mahu melihat kamera, pastikan nampak separuh sahaja.

Gambar Bersaiz Kecil


Mengikut sumber yang dikatakan, Langkah ini juga turut dicadangkan oleh seorang ustaz di mana memastikan gambar yang ditangkap dan dimuatnaik itu besaiz kecil dan tidak jelas pun tidak mengapa.

Gambar Separuh


Selain dari itu, memuat naik gambar separuh badan dan tidak menunjukkan seluruh badan dari kepala sehingga kaki juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil sebagai pelindung seperti di bawah.

Elak Dedah Nama Penuh Ibu


Yang ini juga merupakan satu perkara yang penting. Mengikut sumber, menyatakan nama ibu adalah salah satu keperluan yang boleh digunakan untuk amalan syirik ini.

Akhir sekali, Kalau boleh anda tidak upload langsung pada media sosial lagi selamat dan kuranglah sikir risiko itu. Jika terpaksa upload demi perniagaan dan sebagainya, hanya ikut sahaja tips ini dan amalkan selalu ayat untuk benteng dan lindung diri dari perkara-perkara buruk sebegini.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart