Perempuan memang banyak cakap, tapi berhati-hati jika dia diam!

Memahami perangai dan pemikiran perempuan merajuk bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Perlu banyak beristighfar dan mengucap banyak-banyak dengan perangainya yang tak dijangka. Harus diingat, cara pujuk perempuan merajuk bukan boleh main suka-suka. Perlu ada seninya.

Tanda perempuan merajuk

Sebelum pergi ke cara-cara pujuk perempuan merajuk, mari kita lihat tanda perempuan merajuk terlebih dahulu.

Perempuan merajuk akan diam seribu bahasa

Sifat orang perempuan, mulutnya tak akan berhenti bercakap. Selagi apa yang dalam otaknya tidak dikeluarkan lagi, selagi itulah dia akan bercakap. Itu adalah satu ketenangan baginya.Hati-hati kalau seorang perempuan itu diam, tidak bercakap langsung.

Senyuman fake

Kalau dia bercakap sekalipun, mimik muka dia akan menunjukkan senyuman yang cukup palsu. Palsu sepalsu palsunya.Bukan orang lelaki tak faham dia sedang merajuk.Tahu.Cuma kadang malas nak pujuk.

Marah tak tentu fasal

Biasalah, bila merajuk, perempuan ini akan marah orang lain di sekeliling dia.Sebenarnya, marah dia itu untuk si lelaki itu.Lega katanya.Lepas buat, menyesal.

Cara pujuk perempuan merajuk

Kalau perempuan merajuk, boleh cuba cara pujuk perempuan merajuk yang di bawah ini.Cuma kalau dia sudah tawar hati, kena cuba lebih lagi.

Nak pujuk perempuan merajuk, peluk

Hanya suami boleh buat ini pada isteri. Yang belum kahwin, jangan cuba-cuba. Halalkan dulu baru boleh peluk. Virginia dari Independent.co.uk berkongsi, dia rasa terharu dan rasa dihargai bila tiba-tiba suami datang peluk dia. Dalam masa yang sama, suami suap apa yang dia makan pada dia juga.Nampak tak? Rasa macam perkara yang sungguh kecil.Tapi amat besar ertinya pada seorang perempuan.

Perempuan suka kena puji

Kadangkala bila pasangan mula bermasam muka, mungkin ada terdetik di hati anda “Dia ni asyik merajuk jee”. Namun, jangan begitu; tepis dan elakkan perasaan negatif sebegitu. Jangan disebabkan perkara kecil seperti rajukan si dia membuatkan anda terlupa segala kebaikan yang dimilikinya. Sebaliknya, pujuklah pasangan anda dengan cara memberi pujian tentang apa jua yang anda suka padanya. Ingatlah kembali kenapa anda suka pada pasangan di awal perkenalan dahulu. Berikan pujian seperti pandai memasak, mempunyai senyuman manis atau apa-apa sahaja yang ikhlas dari hati anda, dan percayalah si dia pasti akan tersenyum ceria.

Perempuan merajuk mahu dihargai

Perempuan ini mahu orang ambil berat tentang dia. Tunjuk empati anda dan cuba selami perasaan pasangan anda, dengan cara bertanyakan apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Bercakap dan berbincanglah dalam nada lembut agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula. Jika anda ada sebarang teguran, simpan dahulu apa yang ingin dilontarkan.Buang terus perasaan untuk menang. Mengalah tidak bermaksud kalah. Tenang dan dengarlah apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.

Ayat pujuk perempuan merajuk

Takkanlah ini pun kami mahu beri.Anda sebagai seorang suami, pasti tahu apa ayat yang boleh mencairkan isteri.Ingat kembali saat-saat indah bersama dulu.Jika ada simpan conversation Whatsapp yang lama dulu, yang buat dia tertawa bersama, kongsikan semula dengan dia.Tidak perlu ayat yang bombastic sangat yang tidak sampai ke hati. Tidak perlu selindung-selindung. Direct sahaja.

Hadiah untuk perempuan merajuk

Sebenarnya, tidak susah untuk pujuk hati perempuan yang merajuk. Tidak perlu yang mahal-mahal. Pertama sekali, mohon maaf jika kata-kata kita ada melukakan hati dia.Selepas itu, seperti yang dinyatakan di atas, ajak dia makan. Belanja di tempat-tempat yang lain sedikit dari gerai tepi jalan. Yang mahal sedikit dan sedap-sedap.Cubalah laburkan sedikit wang untuk ajak makan Nandos, Sushi King, Kenny Rogers, Manhattan Fish Market dan yang seangkatan dengannya. Yang agak romantik suasananya.Selepas makan, belikan pula dia segelas Mocha Frappucino dari Starbucks pula. Jika bajet, belikan Tealive Brown Sugar.Untung-untung, akan jadi lebar senyuman dia.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top