Posted on: September 30, 2018 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Akhirnya si dia melamar dan anda katakan ya!

Nak guna khidmat perancang perkahwinan yang gempak kalau nak perkahwinan seperti artis, rasanya memerlukan bajet yang agak tinggi, iyelah tak mampu. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup jadi ini masanya anda mengerah tenaga memberikan yang terbaik untuk hari bahagia nanti.

Belek di Pinterest, pelbagai laman web tapi apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mahu mulakan perancangan?

Pertama, pergi sahaja Wedding.com.my, di sana anda boleh berunding dengan perancang perkahwinan mereka secara percuma. Tiada caj sembunyi. Anda hanya membayar pakej perkahwinan yang anda mahukan. Jadi, tak perlu susah payah dan rasa was-was kerana perkhidmatan mereka ini memudahkan anda.

Apa yang mereka boleh bantu?

Pada dasarnya, perancang perkahwinan dapat membantu segala kehendak dan kemahuan yang anda perlukan. Dari dekorasi ke jurugambar bahkan pemilihan busana pengantin juga mereka boleh sediakan, from A to Z, terletak sahaja pada mereka. Perancang perkahwinan juga akan membantu anda menyelaraskan antara vendor untuk memastikan bahawa hari pernikahan anda berjalan lancar dan berjalan tanpa halangan.

Bagaimana caranya?

Mudah sahaja! Apa yang perlu anda lakukan ialah biarkan perancang perkahwinan anda tahu apa visi dan apa yang anda perlukan untuk majlis. Perancang perkahwinan kemudian akan melakukan semua kerja untuk anda. Mereka akan menapis semua vendor untuk menghasilkan beberapa pilihan yang sesuai dengan keperluan anda, semestinya bersesuaian dengan bajet.

Pada hari perkahwinan anda, mereka juga dapat membantu anda merancang jadual dan menyelaras dengan semua vendor untuk memastikan anda dapat menikmati hari bahagia dengan aman dan tenteram. Wedding.com.my ada semua itu dan mereka melakukan secara percuma. Tiada harga komisen, tiada caj perkhidmatan. Anda hanya akan dikenakan bayaran untuk pakej perkahwinan yang anda pilih.

Terasa seperti nak menyewa perancang perkahwinan? Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan menghubungi perancang perkahwinan kami. Kami mempunyai perancang yang pakar dalam majlis perkahwinan Cina, Melayu dan India. Anda akan mendapat semua bantuan yang anda perlukan. 

Jika anda memilih untuk melakukan kesemuanya sendiri, atau andalah perancang perkahwinan, lawati sahaja Wedding.com.my untuk mendapatkan segala kelengkapan hari perkahwinan.

Mudahkan? Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Leave a Comment