Posted on: October 3, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Masa inilah pelbagai pandangan dan cadangan dari keluarga, rakan akan berpusu-pusu menerjah diri dalam merancang “tema perkahwinan”, belum lagi dengan persetujuan tunang yang tersayang. Jika si dia bersetuju dengan pilihan tema yang dibuat; selesai masalah! Akan tetapi jika tidak, mahu berpeluh akal diperah mencari jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah, Kami menyediakan beberapa langkah dan panduan berikut, pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh tema perkahwinan yang dihajatkan, jom baca!

1) Pemilihan Tema

Bawa berbincang bersama tunang, keluarga mahupun teman-teman. Sungguh pun anda bakal dihujani dengan pelbagai cadangan dan pendapat, cubahlah memahami dan ambil idea yang ingin mereka sampaikan. Contohnya tema perkahwinan tradisional Melayu yang mengetengahkan elemen songket.

Kredit: Pesona Pengantin

2)  Pemilihan Warna

Kenal pasti pilihan warna yang anda dan pasangan gemar. Kemudian rujuk senarai pilihan warna yang ada terutamanya variasi warna daripada kelompok warna yang dipilih.

Jangan terlalu ‘kaku’ (rigid) dalam pemilihan warna. Cuba lari daripada warna-warna kebiasaan. Sekalipun rona merah jambu pilihan anda, ketahuilah ada pelbagai jenis rona yang tergolong dalam lingkungan warna tersebut.

3) Impian VS Imaginasi

Tingkatkan imaginasi, berfantasilah dengan idea dan impian anda. Cuba bayangkan suasana sebenar hari perkahwinan anda Bersama si dia. Tanya diri, apa yang anda benar-benar inginkan terserlah pada hari tersebut.

Kredit: Baituljannah

4)  Lebarkan Pengetahuan

Kehabisan idea? Tambahkan ilmu, lebarkan pengatahuan. Rujuklah media-media cetak dan elektronik yang bakal mencurahkan lautan idea pada anda. Anda akan lebih bijak merancang dan lebih peka akan tema apa yang bersesuaian dengan jiwa anda dan si dia.

5) Pemilihan Lokasi

Sedar atau tidak, anda perlu mula mencari lokasi perkahwinan (tempat bakal berlansungnya majlis). Biarlah bersesuaian peilihan tema dan konsep dengan lokasi majlis anda nanti, terutamanya dari segi suasana sekitarnya. Antara lain anda juga perlu pertimbangkan perihal faktor cuaca. Jika tema perkahwinan berkonsepkan terbuka (outdoor), anda perlu merancang sediaan khemah yang bersesuaian jika hari tersebut hujan.

Kredit: astro gempak

6) Rujuk Pakar

Aturkan janji temu anda bersama pengusaha – pengusaha perkahwinan yang anda benar-benar meminati hasil kreativitinya. Berkongsi pendapat dan suarakan apa yang anda inginkan kepada mereka yang sememangnya telah berpengalaman dalam bidang ini. Nyatakan bersama perangkaan bajet anda agar penyesuaian konsep dengan perbelanjaan dapat diseimbangkan menepati impian dan juga peruntukan yang ditetapkan.

Leave a Comment