Pengertian dulang hantaran dalam perkahwinan untuk yang bakal berkahwin

Hantaran perkahwinan sememangnya tidak wajib di dalam Islam. Kerana syarat sah perkahwinan hanyalah bernikah dan pihak lelaki memberi mas kahwin pada pengantin perempuan.

Merujuk kepada dulang hantaran, ianya adalah satu adat melayu yang masih digunapakai untuk mengekalkan tradisi kita bak kata pepatah tidak lapuk dek zaman.

Walaupun memberi hantaran ini adat semata-mata, tak bermaksud ia suatu yang dilarang. Di dalam Islam hantaran dulang merupakan pemberian atau hadiah yang dapat menjalinkan hubungan cinta yang baik, eratkan silaturrahim, serta membibitkan rasa kasih sayang antara kedua-dua belah pihak.

Yang penting pemberian hadiah semestinya ikhlas dan mengikut kemampuan si pemberi. Yakni pemberian mestilah ikhlas kerana Allah Taala, bukan mengharapkan pembalasan semata-mata.

Untuk yang berkemampuan sememangnya boleh memilih barangan dan dulang yang lebih mahal dan ekslusif. Untuk yang menginginkan bajet yang sederhana, ada juga bekas dulang yang nampak mahal dan ekslusif dengan harga berpatutan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top