Pengantin ini kongsi belanja majlis kahwin hanya RM10 ribu sahaja. Baru tahu ini rahsianya!

Bila rancang nak kahwin, perkara paling utama yang difikirkan tentulah tentang duit. Boleh jadi sakit kepala dibuatnya. Maklumlah, zaman sekarang apa benda yang tak mahal. Semua dah naik harga.

Jadi, disebabkan faktor kewangan yang terbatas maka bermulalah episod ikat perut dan membuat macam-macam kerja demi memastikan bajet yang diperlukan mencukupi.

Zaman sekarang serba serbi mahal. Nak kahwin memerlukan kos yang tinggi walaupun hanya buat majlis ala kadar. Kadang-kadang perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000 hanya untuk majlis kecil. Itupun dah banyak jimat sana sini.

Bila dah tersepit, terpaksalah buat pinjaman bank semata-mata nak merealisasikan majlis bahagia. Disinilah, banyak pihak perlu memainkan peranan terutama ahli keluarga dalam memberi sokongan kepada bakal pengantin.

Lain pula dengan pengantin ini yang hanya berhabis modal majlis perkahwinan hanya RM10,000 sahaja dengan jemputan seramai 1000 orang.

Perkongsian ini ditulis sendiri di laman Twitter miliknya dan telah meraih sebanyak 3k retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca perkongsian penuh di bawah:

Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan. πŸ™‚

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top