Pengantin ini DIY sendiri pelamin dan hasilnya sangatlah ‘WoW’!

Setiap pasangan yang merancang menamatkan zaman bujang pasti sudah ada majlis idaman yang diimpikan. Maklumlah perkara yang berlaku sekali seumur hidup, pasti ada yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar asalkan majlis yang diimpikan menjadi kenyataan.

Tetapi, adakalanya tak semua dari kita mampu berbelanja besar atas sebab komitmen yang perlu dipikul. Ada juga sestengahnya yang lebih mementingkan penjimatan untuk memluakan kehidupan selepas berkahwin. Terpulanglah, jika anda ada kemampuan tak salah berbelanja besar.

Bagi anda yang mempunyai bajet yang tidak seberapa, mungkin boleh mengambil inspirasi dari pengantin ini. Dengan bajet yang kecil mampu DIY sendiri pelamin yang selesa dan cantik.

Menurut portal mStar, Naim Mahamad Fauzi dan isteri, Bainaa Syafaa, memilih untuk menghasilkan pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan kreativiti mereka. Pelamin ini juga dihiasi dengan bunga hiasan, bantal dan beberapa barangan terpakai sahaja. Penghasilan pelamin ini hanya mengeluarkan kos perbelanjaan hanya RM500 saja.

Sebenarnya ia hanya majlis bertandang dan majlis sebelah lelaki selalunya tak perlu besar-besaran. Kami buat di kampung saya, di Padang Sera, Kodiang, Kedah. Kami tiada persediaan untuk majlis ini, jadi saya dan isteri sependapat untuk DIY sahaja pelamin kami.

Saya tak mahu bazir banyak duit untuk sewa benda yang satu hari sahaja kerana rasa tidak berbaloi. Jadi kami hias hanya menggunakan barang sedia ada seperti kerusi rotan, tempayan dan bantal, malahan karpet yang digunakan itu pun saya jumpa dalam simpanan di rumah sahaja.


Kebetulan, ibu saya seorang tukang jahit. Jadi saya hanya minta dia belikan kain putih untuk dibuat backdrop. Sebenarnya saya dan isteri adalah interior designer. Kami letak sahaja barangan itu untuk dijadikan hiasan pelamin dan tambah sahaja lighthing.

Baju songket itu kami beli ketika jumbo sale berharga RM90 sahaja semeter. Isteri saya pula cerewet untuk mencari jurusolek yang kena dengan taste dia. Jadi saya nasihatkan dia untuk make up sendiri sahaja sebab saya tengok dia pun pandai bersolek. Ayah pula bila dah duduk kampung, lembu dan kambing semua dia ternak sendiri, jadi saya tidak pening untuk keluarkan belanja yang besar.

Aksesori itu bukan emas betul pun. Ia sekadar perhiasan untuk dipakai dengan baju persandingan itu sahaja. Kami beli di Kuala Lumpur dengan harga RM270 termasuk rantai dan tiara.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart