Pemain bola sepak tawar rumahnya jadi tempat majlis kahwin percuma, boleh muat 4 khemah

“Saya ingin tawarkan kepada semua orang yang nak berkahwin, gunakan rumah saya secara percuma untuk majlis perkahwinan anda.

”Begitulah perkongsian seorang bekas pemain bola Kedah, Azmeer Yusof, di Facebook miliknya sebentar tadi.Katanya, belajar daripada pengalamannya sebelum ini, hidup setelah berkahwin adalah penting.

“Rumah saya tak sebesar banglo yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ.

“Tak secantik banglo yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.

“Tapak rumah saya membuatkan empat biji khemas. Rumah saya mempunyai empat bilik, satu bilik air, satu tandas dan enam aircond,” tulisnya.

Beliau turut berpesan kepada ibu bapa bakal pengantin supaya berjimat cermat dan gunakan rumahnya yang terletak di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah ini secara percuma.

“Kepada bakal pengantin dan mak serta ayah pengantin, tolong jimatkan duit anda daripada menyewa dewan, hotel atau apa-apa sahaja.

“Saya ada pengalaman, kehidupan selepas berkahwin lebih penting daripada sebelum berkahwin.

“Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. PERCUMA SAHAJA. Jika nak hulurkan juga sagu hati, hanya beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY).

“Saya tidak akan ambil satu sen pun. Kata guru saya, Allah akan tanya setiap harta yang kita ada di dalam dunia ini.

“Apa kita buat dengan harta tersebut? Ke mana duit yang kita belanjakan? Dan sebagainya milik kita, Allah akan tanya,” jelasnya.

Posting beliau menjadi perhatian warga maya apabila sehingga kini telah mendapat lebih 2300 shares dan hampir 6000 likes sejak jam 10.23 pagi tadi.

Rata-rata mereka mendoakan yang terbaik buat Azmeer dan bersyukur ada insan berhati mulia sepertinya memberikan tawaran percuma seumpama itu.

Jadi, buat bakal pengantin, rebutlah peluang yang ada. Alhamdulillah boleh berjimat cermat untuk kegunaan masa hadapan.Sebelum ini, Jun lalu, bekas tonggak pertahanan Kedah ini melakukan kejutan apabila mengumumkan pengunduran daripada mewakili skuad Lang Merah atas faktor ingin memberi tumpuan kepada perniagaan.

Rumah ‘pengantin’ percumanya itu beralamat di No. 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bagi sesiapa yang ingin memanfaatkan tawaran tersebut, Azmeer boleh dihubungi di talian 011-5500 5525.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart