Pasangan dari Selangor yang berkahwin layak dapat insentif RM600

Pasangan yang baru kahwin di Selangor dapat insentif sebanyak RM300 setiap seorang (RM600 total) bagi mereka yang mendaftar kursus kekeluargaan anjuran kerajaan negeri. Ia dilaksanakan bagi menangani kes penceraian yang semakin meningkat dalam kalangan belia.

Ianya adalah untuk golongan belia di bawah 40 tahun dan perkahwinan kali pertama. Pemohon perlu merupakan anak kelahiran Selangor atau telah lama bermastautin di negeri ini.

Pemohon dan pasangan perlu menghadiri kursus selama setengah hari secara bersama untuk mendapatkan intensif RM300 seorang.

Kursus itu merangkumi aspek pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan kemahiran keibubapaan yang mana ditekankan bagi memenuhi keperluan ilmu rumah tangga.

Pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019. Pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman sesawang http://www.igems.yawas.my, bermula 18 November sehingga 31 Jun 2020.

Namun, bagi yang berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart