Posted on: July 27, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Raya Aidilfitri tahun ini tidak sama seperti sebelumnya. Pasti ramai yang berniat untuk menyambut hari raya Aidiladha bersama keluarga tercinta. Tapi ingat, kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi jangan abaikan SOP yang diberikan.


Dengan suasana raya yang agak berbeza, buat ulung kalinya, kita disajikan dengan iklan raya korban dari jenama minyak masak no.1 Malaysia, SAJI. Kisah adik-beradik yang berjudul “Yong” ini mengetengahkan tema pengorbanan dan keikhlasan sesama keluarga.

Dengan barisan pelakon yang cukup terkenal di tanahair seperti Farah Ahmad, Nabila Huda dan Bront Palare, kisah kasih sayang ini pasti menyentuh hati penonton. Bermula dengan jeritan marah watak utama “Yong”, kita diperkenalkan dengan seorang kakak yang sangat garang orangnya. Hanya kerana tersalah beli minyak masak, adiknya ditengking sekuat hati.


Dalam hidup kita, pasti ada ahli keluarga yang agak garang orangnya, kan? Tapi mereka inilah yang biasanya mencurahkan kasih sayang sepenuhnya terhadap kita. Sama ada ibu, ayah, abang, ataupun kakak. Merekalah yang selalu mengingatkan kita untuk melakukan apa-apa perkara dengan sebaiknya, sebagaimana Yong mengingatkan Angah untuk melakukan tugasannya dengan ikhlas.

Selain Angah, Usu juga tidak terlepas dari teguran Yong. Dalam satu babak flashback, Usu dimarahi oleh Yong kerana tidak menumbuk cili sampai lumat. “Buatlah kerja ikhlas sikit Usu” – sebuah pesanan yang diingati oleh Usu selamanya.

Dalam sedar atau tidak, insan seperti Yong ini sentiasa ada di sisi kita. Dialah yang memastikan kita membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kita. Dialah juga yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan kita. Pengorbanannya yang ikhlas, pasti akan menjadi kenangan yang cukup indah selamanya. Apatah lagi apabila si dia sudah tiada.

Hargailah ahli keluarga kita. Sempena Raya Aidiladha ini, jangan kelepasan untuk bermaaf-maafan. Saksikan video penuh “Yong” di bawah:

Leave a Comment