Pap Smear tidak menyakitkan! Wahai wanita ketahuilah betapa pentingnya ujian ini

Serviks merupakan kawasan pada bahagian wanita, antara faraj dan rahim. Apabila sel-sel di serviks menjadi tidak normal dan cepat berkembang, kanser serviks boleh berlaku – ia boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan atau tidak dirawat. Sesetengah jenis virus, yang dikenali sebagai virus human papillomavirus (HPV) adalah penyebab utama hampir kesemua kes kanser serviks. Pemeriksaan Pap Smear boleh membantu untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal.

Apa itu kanser serviks?

Seperti kebanyakan kanser, ia bermula apabila sel-sel di serviks, iaitu bahagian pangkal rahim, mula berkembang di luar kawalan. Sel-sel baru berkembang dengan pantas sehingga menghasilkan tumor di dalam serviks.


Kanser ini adalah antara kanser yang paling popular bagi individu wanita di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pemeriksaan Pap Smear secara rutin dan berkala boleh membantu mengesan risiko kanser serviks dengan awal. Kanser serviks kebiasaannya boleh sembuh jika dikesan awal. Tambahan pula, terdapat banyak metod untuk mengawal risiko kanser serviks yang membuatkan kes kanser serviks semakin berkurang.

Apakah kebarangkalian kanser serviks?Ia adalah sangat kerap. Kanser serviks adalah antara salah satu kanser yang paling cenderung untuk dihidapi oleh individu wanita. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Apa itu ujian Pap Smear?

Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim. Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut. Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis. Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohnya dari pangkal rahim. Jika Pap smear itu negatif, maka ianya adalah berita baik. Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa, beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangal rahim. Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji

KEKERAPAN UJIAN?

Jika seseorang wanita telah menjalani ujian pap smear dan didapati negatif,ia hanyaperlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali. Namun begitu, ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

KEPENTINGAN PAP SMEAR?
Kanser serviks adalah punca keempat kematian yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Cara terbaik untuk mengesan kanser serviks adalah dengan menjalani ujian Pap smear setiap tahun.


  • Pap smear dapat mengesan jangkitan virus tertentu seperti papillomavirus manusia(HPV), yang diketahui boleh menyebabkan kanser serviks.
  • Rawatan awal terhadap perubahan prakanser yang dikesan melalui Pap smear boleh menghentikan kanser serviks sebelum ia merebak sepenuhnya.
  • Seorang wanita mungkin mempunyai kanser serviks dan tidak tahu mengenainya kerana dia mungkin tidak mempunyai sebarang gejala.
  • Kematian akibat kanser serviks telah berkurangan sejak bertahun-tahun kerana pencegahan, pemeriksaan, dan pengesanan awal melalui ujian Pap smear.Kebanyakan keputusan Pap smear yang tidak normal menunjukkan peringkat awal penyakit dan memerlukan pemerhatian yang teliti oleh doktor.
  • Kini, pemeriksaan kanser serviks disyorkan setiap 3 tahun bermula pada usia 21 tahun. Pemeriksaan boleh dijalankan setiap 5 tahun untuk wanita berusia lebih dari 30 tahun jika ujian Pap smear dan ujian HPV dilakukan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM UJIAN PAP SMEAR?

  • Ujian pap smear ini sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 selepas hari pertama haid. Ia tidak boleh dilakukan ketika kedatangan haid.
  • Elakkan penggunaan tampon.
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dilakukan . Ini kerana akan menyebabkan keputusan ujian tidak akan tepat.
  • Dalam tempoh sehari sebelum ujian, elakkan menggunakan ubat dalam faraj seperti krim vagina, ubat maajun, ubat anti fungal dan sebagainya.
  • Jangan lakukan ‘duoche’ atau penggunaaan ‘spermicid’, perancang keluarga dan penggunaan ‘jelly lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan kerana bahan kimia yang terkandung di dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sample.

BAGAIMANA UJIAN PAP SMEAR DIJALANKAN?
Ujian tersebut tidaklah menyakitkan atau mengerikan seperti yang kita bayangkan, cuma ada sedikit rasa kurang selesa.


Prosedurnya secara ringkas adalah seperti di bawah ini:


  • Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
  • Spekulum (seperti dalam gambar rajah) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan.
  • Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada dinding servik.
  • Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

BERAPA LAMA KEPUTUSAN UJIAN PAP SMEAR AKAN DIKETAHUI?
Kebiasaannya, keputusan akan diperolehi dalam tempoh seminggu. Namun ia juga bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut. Mungkin lewat 3 minggu atau 3 bulan.


Jika keputusan ujian pap smear ‘abnormal’, pihak klinik akan meminta anda melakukan ujian sekali lagi beserta dengan rundingan doktor. Keputusan ‘abnormal’ tersebut bukan bermakna anda didapati ada kanser servik tetapi ia menunjukkan anda perlu menjalankan pemeriksaan lanjutan.

DIMANA BOLEH BUAT UJIAN PAP SMEAR INI?

Hampir semua klinik boleh mengendalikan ujian Pap Smear ini. Terdapat banyak klinik dan doktor yang boleh dipilih mengikut keselesaan kita.


Ujian ini boleh dilakukan di semua klinik/hospital kerajaan dan swasta termasuk Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) di seluruh negara.

KOS RAWATAN PAP SMEAR?

Klinik kerajaan menawarkan kos yang sangat murah dan ada juga diberikan percuma. Manakala Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) pula menawarkan dengan harga RM 20 bagi semua warganegara Malaysia.


Di klinik swasta pula harganya mungkin lebih tinggi sedikit iaitu diantara RM 40 hingga RM 80 bergantung pada tempat masing-masing.

Jadi jangan malu dan jangan takut untuk melakukan ujian pap smear.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart