Pakai Telekung Berwarna Untuk Solat? Perlu Berhati-Hati Elak Jadi Perhatian Lelaki

Berkembangnya dunia fesyen di dunia ini tidak terkecuali memberi pengaruh kepada pakaian solat bagi wanita iaitu telekung.

Dari putih pada asalnya, kini hadir dengan pelbagai warna di pasaran. Begitu juga dengan jahitannya yang biasa tetapi ditambah lebih cantik dengan renda, corak, bunga, manik, atau sebagainya.

Maka disebabkan itu juga, timbullah bermacam persoalan mengenai pemilihan telekung wanita. Justeru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai salah faham yang berkaitan dengan wanita pakai telekung berwarna ketika mendirikan solat.

Trend pakai telekung berwarna dan berfesyen

Secara umumnya, agama Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan seperti fesyen.

Islam tidak anti fesyen, tetapi Islam menambah baik perkara ini dengan memberikan garis panduan pemakaian yang terbaik bagi wanita dan lelaki yang menutup aurat.

Adapun begitu, Islam tidak menetapkan secara khusus sebagaimana bentuk pemakaian seseorang seperti memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya.

Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak.

Contohnya seperti hari ini, kita terkait dalam trend pakai telekung berwarna dan berfesyen. Mahu tidak mahu disebabkan lambakan dan permintaan pasaran yang tinggi pada telekung ini, kita turut terpengaruh untuk cuba dan memilikinya dalam tidak sedar.

Persoalan, boleh ke pakai telekung berwarna?

Hukum pakai telekung berwarna adalah sah sekiranya telekung itu menepati syarak, tutup aurat dan longgar. Namun sekiranya, warna terlalu terang dan corak-corak di telekung itu banyak dan orang yang solat di belakang atau yang dihadapannya terganggu, maka ia boleh jatuh hukum makruh.

pakai telekung berwarna

Berdasarkan hadis Nabi SAW bahawa Nabi solat di atas kain yang bergambar. Lalu baginda melihat kepada gambar tersebut. Selesai solat baginda berkata:

“Pergilah dengan membawa kain ini kepada Abu Jahm dan gantilah dengan pakaian kosong yang tiada gambar dari Abu Jahm. Sungguh kain ini tadi telah mengganggu solatku.”

Nabi bersabda : “Aku melihat pada gambarnya dan khawatir gambar itu menggangguku.” – (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Justeru itu, kita disarankan untuk sentiasa bersederhana dalam apa jua yang dilakukan. Elakkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan solat kita hilang kualitinya sehingga mencacatkan amal ibadah yang dilakukan.

Tips pilih pakai telekung berwarna untuk solat

Berikut ini kami ada kongsikan beberapa tips untuk anda yang mahu pakai telekung berwarna untuk solat. Pastikan fahami betul-betul konsep ini sebelum anda membuat pemilihan untuk membelinya.

1. Ada niat yang betul

Pastikan niat kita membeli telekung adalah semata-mata untuk mendirikan solat dan bukannya mahu riak dengan orang lain.

Ada sebabnya mengapa kita digalakkan untuk pakai telekung berwarna putih sahaja, iaitu bagi mengelakkan rasa mahu dipandang dan memandang ketika solat.

2. Pilih warna yang tidak mencolok mata

pakai telekung berwarna

Daripada kita memilih warna-warna yang mencolok mata dan memukau apabila dipandang, adalah lebih baik kita mencari telekung yang warnanya soft sahaja.

Atau apabila dipakai tidak mempunyai perbezaan yang jauh dengan telekung putih yang biasa.

3. Tidak menarik perhatian lelaki

Fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Jika wanita suka akan telekung berwarna atau bercorak yang cantik, lelaki pula fitrahnya tertarik kepada wanita yang memakainya.

Seboleh-bolehnya pastikan apa sahaja jenis telekung yang dipilih itu ia tidak sama sekali menarik perhatian orang khususnya lekaki untuk melihatnya dan timbul perasaan tidak khusyuk dalam diri masing-masing.

Sah atau tidak solat wanita tanpa pakai telekung?

Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa, hukum wanita yang solat tanpa pakai telekung adalah sah sekiranya pakaian sedia adanya itu telah menutup aurat.

Tanpa menafikan bahawa penggunaan telekung juga menepati kaedah penutupan aurat secara syar’ie,.

Namun sekiranya terdapat wanita yang pakaian sedia adanya telah cukup syarat penutupan aurat, maka pakaiannya yang sedia ada itu boleh di bawa solat meskipun tanpa mengenakan telekung.

Berikut ini adalah beberapa tips bagi wanita yang mahu solat tanpa memakai tekelung:

  • Pastikan memakai pakaian yang longgar dan tidak jarang
  • Tudung labuh melepasi dada
  • Menutup kaki
  • Menutup pergelangan tangan

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai pakai telekung berwarna ini dapat memberikan ilmu pengetahuan berguna serta informasi yang bermanfaat untuk anda jadikan panduan dalam beribadah setiap hari.


ArtikEL berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart