Posted on: January 10, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Bila sebut sahaja ba hantaran pasti pihak lelaki lah yang akan pening kepala dan berdebar-debar. Bukan apa, risau juga jika pihak keluarga perempuan minta lebih dari kemampuan si lelaki.

Adakalanya, pihak keluarga perempuan sengaja meletakkan nilai yang tinggi sekadar untuk menguji sejauh mana usaha dari bakal pengantin lelaki. Namun, ianya masih boleh dibawa berbincang. Perlulah ada toleransi dan sepakat antara kedua belah pihak.

Kredit: LOCCO

Bagi pihak keluarga perempuan pula, tidak perlulah meletakkan nilai yang tinggi. Berpada-padalah dengan kemampuan pihak lelaki. Yang penting, jalankan yang wajib demi memenuhi tuntutan agama.

Pernahkah anda dengar terma hantaran serba berdiri ataupun serba satu?

Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.

1) Hantaran serba berdiri

Kredit: hipwee

Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.

Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.

Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.

2) Hantaran serba satu

Kredit: askwedding

Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.

Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.

Leave a Comment