Oh baru tahu! Tutorial ikat riben kereta pengantin tanpa bajet besar

Kereta pengantin yang dihias dengan riben dan kain net sudah agak sinonim dengan pengantin bangsa cina. Namun, masa kini tidak lagi. Orang melayu juga turut sama ikut.
Alahai…sabar jangan kecam tak tentu pasal ok. Hias kereta pengantin je. Bukan buat benda tak elok pun kan? Tak jadi kesalahan dari mana-mana sudut pun. Yang penting, pengantin, keluarga dan tetamu rasa happy dengan majlis kita.

Jom kami tunjukkan tutorial macam mana nak hias kereta pengantin. Bneda boleh buat sendiri buat apa upah kedai kan…

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kain net 7 – 8 meter ( sediakan 2 color)
- Reben
- Polisteren bulat
- Bunga
- Gam tembak atau stik
- Gunting
Cara-caranya:

Potong kain net jarak dari hadapan ke side mirror kereta anda. Potong secara memanjang. Pastikan potong sama kedua-dua warna.
Kemudian bunjut belakang hujung net dan ikat kedua-duanya denga reben. Ulang kaedah yang sama.
Cantumkan kedua-dua bahagian yang dibunjut tadi.

Letak pada bonet hadapan kereta dan adjust kiri kanan.
Ikat bahagian yang dibunjut tadi dengan reben.
Kemaskan kain net di bahagian side mirror dengan reben. Potong kain net yang berlebihan.

Bila dah siap ikat, ianya sama seperti dalam gambar.
Potong lagi kain net ukuran 2-3 jengkal
Bunjut bahagian tengah dan ikat dengan reben.

Seterusnya ikat pada bahagian tengah reben yang dibunjut awal tadi.
Untuk bunga, tebuk lubang untuk dimasukkan di tengah bunga.
Kemudian cucukkan pada polisteren. Gunakan gam tembak untuk lekatkan bunga pada polisteren agar tidak mudah tercabut ketika ditiup angin.

Seterusnya ikat reben pada polisteren tadi.
Untuk kemasan, boleh tambah reben pada side mirror dan pemgenag pintu.

Tadaaa…dah siap. Cantik kan.
Sumber: Bridal kayangan JB