Posted on: October 30, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan melalui laman web dan facebooknya bahawa warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November dibenarkan untuk mengadakan majlis pernikahan.

Namun, majlis pernikahan yang dijalankan perlulah mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Majlis ini hanya dibenarkan melalui temu janji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah.

Namun orang ramai juga perlu diingatkan menerusi notis makluman yang dikongskan oleh Dr. Zulkifli tersebut, pelaksaaan Majlis Akad Nikah ini hanya dibenarkan kepada :

  • Pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari JAWI.
  • Telah membuat temujanji terlebih dahulu.
  • Terpakai untuk kawasan Zon hijau dan kuning sahaja.
  • Hanya dijalankan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja.

Pihak yang terlibat juga hendaklah membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah:

  • Tidak mempunyai gejala;
  • Bukan kontak rapat kes positif Covid-19 atau yang di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO); dan
  • Bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Zon Merah.

Pihak yang terlibat hendaklah menjalani saringan di pintu masuk iaitu:

  • Membuat pemeriksaan suhu badan.
  • Suhu badan melebihi 37.5┬░ Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
  • Mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran yang disediakan.
  • Memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer).

Pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment