“Niat ke kursus teman kawan, ehh terkahwin pulak”, Tak sangka temu jodoh dengan kawan sendiri

Soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari

Begitu juga dengan kisah yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila videonya tular di laman sosial TikTok.

Wanita yang dikenali sebagai Shaa ini pada mulanya menghadiri kursus kahwin secara suka-suka dan bertujuan hanya meneman kawan lelakinya.

Namun, jodoh sudah ditentukan. Dia akhirnya berkahwin dengan kawan lelakinya sendiri dan video ketika dia merakam bagaimana hubungan mereka menjadi suami isteri telah mendapat perhatian ramai. Lihat video penuh tersebut di bawah:

@shaashidie

Niat ke kursus teman kawan ehhh terkawen pulak heheheheh kalau dh jodoh…#fyp #fouryoupage #fypシ #fypmalaysia #virall #viraltiktok #suamiistri

♬ original sound – Laila Qurby – Tik Toker

“Niat ke kursus teman kawan, ehh terkahwin pulak” – Shaa

Menurut sumber, Shaa berkata dia dan suami sememangnya sudah terlebih dahulu berkenalan menerusi media sosial.

“Kami mula berkenalan pada awal tahun 2019. Mula-mula tu dia banyak kali cuba mengorat tapi saya jual mahal dan hanya anggap dia sebagai kawan saja. Tidak lama kemudian, saya sengaja ajak dia teman pergi kursus kahwin.

Kebetulan masa tu tengah ada promosi. Lagi pula masing-masing single. Dia jenis sporting, dan bersetuju ikut ke kursus.

“Tapi tak sangka selepas final kursus, dalam perjalanan pulang dia ajak saya kahwin. Tak ada ayat-ayat romantik. Ayat dia selamba saja ‘jom kahwin, dah alang-alang pergi kursus’,” katanya.

Video itu kini mendapat hampir 130,000 tontonan di TikTok

Susulan tularnya video pasangan itu, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah dan ada yang sempat berseloroh nak pergi kursus kahwin juga sebab nak cari jodoh.

Ramai juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka pergi kursus kahwin dengan orang lain dan akhirnya berkahwin dengan orang lain. Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart