Nak kahwin, wajib pergi kursus dahulu. Ini harga kursus kahwin mengikut negeri

Kursus kahwin merupakan satu kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Selain dari Jabatan Agama Negeri, ada juga syarikat-syarikat swasta yang bertauliah menganjurkan kursus perkahwinan ini.

Kursus perkahwinan ini adalah wajib kepada mereka yang belum pernah berkahwin. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang alam perkahwinan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kursus ini juga bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang sering berlaku dalam rumahtangga.

Kenapa Kita Diwajibkan Mengambil Kursus Kahwin

Dalam kursus ini, mereka akan didedahkan tentang apakah tanggungjawab mereka masing-masing sebagai suami atau isteri, proses pendaftaran perkahwinan, cara pengurusan rumahtangga, cara menghadapi masalah dalam rumahtangga, kisah-kisah benar berkaitan alam perkahwinan untuk dijadikan tauladan dan bermacam-macam lagi pengetahuan yang penting berkaitan dengan alam perkahwinan.


Kursus perkahwinan ini amat penting sebagai persediaan kepada setiap pasangan. Islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu. Oleh kerana itu kursus perkahwinan ini amat penting dalam Islam.

Perkahwinan itu bukanlah suatu perkara mudah akan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru yang penuh dengan tanggungjawab.


Kursus perkahwinan ini boleh dihadiri pada bila-bila masa sebelum berkahwin mengikut kelapangan waktu dan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh tempat kursus yang dipilih. Kursus ini boleh dihadiri bersama pasangan ataupun secara individu. Bagi menyertai kursus ini, setiap individu perlu mengisi borang pendaftaran secara atas talian ataupun secara langsung mengikut negeri masing-masing.


Kursus ini selalunya diadakan selama dua hari berturut-turut tanpa bermalam sama ada pada hari-hari biasa ataupun pada hujung minggu. Bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang.Manakala pada hari kedua hanya separuh hari. Setelah selesai, setiap peserta akan diberikan sijil menandakan mereka telah menyertai kursus tersebut. Sijil inilah yang akan digunakan untuk memohon surat kebenaran berkahwin nanti.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ataupun kehilangan sijil, mereka tidak akan dibenarkan berkahwin dan dikehendaki untuk memohon semula sijil berkenaan. Sijil kursus ini tiada tarikh luput. Ianya sah digunakan untuk seumur hidup. Bagi mereka yang mempunyai sijil pengajian Islam seperti Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana sijil pengajian agama yang diiktiraf, mereka boleh memohon untuk pengecualian dari menghadiri kursus perkahwinan.

Jabatan Agama di setiap negeri ada menganjurkan kursus ini. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh menghadirinya di mana-mana tempat yang mereka mahu mengikut kemudahan masing-masing.

Senarai Harga Kurus Kahwin Mengikut Negeri (2020)

NegeriKursus Kahwin (RM)Link Jabatan Agama Islam
1. Kuala LumpurRM120jawi.gov.my
2. SelangorRM80ncr.jais.gov.my
3. JohorRM120jainj.johor.gov.my
4. MelakaRM80jaim.gov.my
5. Negeri SembilanRM100jheains.ns.gov.my
6. Pulau PinangRM80jaipp.penang.gov.my
7. KedahRM80jaik.gov.my
8. PerlisRM80perlis.gov.my
9. TerengganuRM50terengganu.gov.my
10. PahangRM80jaip.pahang.gov.my
11. KelantanRM70jaheaik.gov.my
12. SabahRM100jheains.sabah.gov.my
13. SarawakRM100jais.sarawak.gov.my
14. LabuanRM100jawi.gov.my
15. PerakRM80jaipk.perak.gov.my
16. PutrajayaRM120jawi.gov.my

Yuran kursus perkahwinan yang dikenakan adalah berbeza mengikut Jabatan Agama Negeri masing-masing. Yuran yang dikenakan adalah merangkumi:

  • Makan dan minum
  • Buku gerbang perkahwinan
  • Fail dan alat tulis
  • Sijil
  • Tenaga pengajar

Silibus/Modul Kursus Pra Perkahwinan

Bagi setiap kursus perkahwinan yang dianjurkan, penggunaan tujuh Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah wajib. Modul tersebut ialah:


  • Akidah dan Ibadah
  • Akhlak dan hubungan dalam keluarga.
  • Pengurusan kesihatan keluarga.
  • Perkahwinan dan prosedur perkahwinan.
  • Pengurusan tekanan dan konflik.
  • Komunikasi antara suami isteri dan pengurusan kewangan dan masa
  • Perkhidmatan runding cara dan pembubaran perkahwinan.

Setiap modul ini akan dibahagikan kepada beberapa sesi dan setiap sesi mestilah dihadiri oleh setiap peserta. Jika peserta ada tertinggal mana-mana modul yang ditetapkan, mereka hendaklah mengulangi modul itu semula sebelum mereka layak untuk diberikan sijil perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart