Posted on: August 27, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Setiap pasangan sebelum diijabkabulkan pastinya menempuhi fasa pertunangan. Bagi pasangan yang mampu, pastinya mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Namun, pada masa kini dengan kenaikan harga barang maka ada pasangan yang memilih untuk terus menikah dan tidak bertunang bagi mengurangkan kos majlis dan bajet yang dikeluarkan.

Peringkat awal proses perkahwinan antaranya meliputi proses merisik, melamar dan bertunang. Walaupun pertunangan itu mudah, namun hakikatnya ramai yang kecundang didalam fasa ini. Ada juga pasangan yang terlalu mengikut trend sehingga majlis pertunangan kelihatan agak melampaui batas.

Masing-masing berlumba-lumba untuk menjalankan majlis yang gah demi mengikut trend bagi mendapat perhatian masyarakat sekeliling.

Bertunang juga mempunyai adab-adab yang perlu dipatuhi dan diikuti. Begitu juga cabaran dan dugaan yang menguji sejauh mana hubungan itu mampu bertahan.

Leave a Comment