Naikkan seri pengantin, Ini 5 spa yang korang boleh pergi dengan bajet bawah RM300

Memiliki kulit sihat yang bukan sahaja cantik tanpa cela tetapi juga mulus adalah impian bagi semua wanita. Dahulunya, ibu kita sering menasihatkan untuk menjaga muka sejak awal supaya segala kerosakan dan masalah kulit dapat dielak.

Namun, dunia hari ini yang semakin mencabar membuatkan kita wanita hampir kehabisan masa hanya untuk menyelesaikan tugasan harian di tempat kerja setiap hari. Ini seterusnya menganggu- tertib penjagaan kulit intensif dan salah satu cara paling mudah untuk mengekalkan kecantikan adalah dengan berkunjung ke spa untuk membuat rawatan-rawatan wajah yang pelbagai.

Bagi anda yang tidak arif dan sering keliru untuk memilih pakej perawatan wajah yang ditawarkan oleh pusat-pusat kecantikan dan kesihatan, kami cadangan 5 spa terbaik untuk mendapatkan rawatan wajah ringkas pada harga tidak lebih RM300 secara mewah.

1) Caudalie Boutique Spa [KLIK]

Berasaskan nutrisi buah anggur segar, Caudalie yang merupakan produk kecantikan popular di Perancis ini turut menawarkan pakej perawatan mencerahkan wajah, menegang, melembab serta menghalang penuaan pada harga bermula RM198 hingga RM350. Boleh rujuk dan beli pakej rawatan secara atas talian menerusi laman sesawang Kensapothercary. Caudalie Boutique Spa ada di Bangsar Shopping Centre.

Paling seronok, kamu akan dihidangan minuman istimewa serta buah anggur segar sebelum memulakan rawatan. Best!

2) Clarins SKIN SPA [KLIK]

Clarins yang merupakan jenama produk kecantikan mewah dari Perancis ini rupanya ada menawarkan pelbagai rawatan wajah dan badan tau.

Untuk rawatan wajah harga yang dikenakan adalah serendah RM269/ satu jam. Namun, pengguna yang baru pertama kali hendak mencuba layak mendapat diskaun dan hanya perlu membayar RM128. Cepat buat tempahan sekarang!

Terdapat di cawangan Bangsar Shopping Centre, KLCC, Pavilion KL, Mid Valley, 1Utama dan The Curve.

3) L’Occitane Petit Spa [KLIK]

L’Occitane Petit Spa bukan seperti spa kecantikan lain yang ingin ringkas menyiapkan rawatan kamu kerana perlu melayan pelanggan lain pula. Spa ini adalah tempat yang mementingkan kualiti dan masa rawatan yang sepenuhnya diberi kepada pelanggan agar kepuasan dan hasil rawatan dapat dicapai setara.

Menggunakan seleksi produk daripada rangkaian L’Occitane sendiri, rasai pengalaman seolah dibuai mimpi, berada dalam taman indah dengan pelbagai aroma menyegarkan serta ketenangan urutan halus yang diberikan oleh para jurulatih khas. 

Harga yang dikenakan agak mahal untuk beberapa rawatan intensif iaitu sekitar RM430 – RM560. Namun, ada juga pakej rawatan yang ditawarkan apda harag bawah RM300:-

Peony Treatment: Sublime Beauty (RM298/ 75 minit)

Shea Treatment: Nourishing Comfort (RM288/ 75 minit)

Immortelle Eye Treatments: Youth Eyes (RM168/ 25 minit) | Divine Eyes (RM228/ 40 minit)

4) Sulwhasoo Boutique Exclusive [KLIK]

Gemarkan bau-bauan Ginseng dari produk kecantikan mewah Korea ini? Nah, apa kata cuba dahulu keberkesanannya menerusi rawatan kecantikan di Spa.

Terdapat beberapa pakej perawatan wajah pilihan yang berdurasi dari 60 minit hingga 80 minit, harga adalah serendah RM80 untuk rawatan urutan mata manakala RM218 untuk rawatan lembapan dan RM288 untuk rawatan pencerahan.

Rawatan wajah untuk lelaki turut ditawarkan pada harga RM138.

5) Herbaline [KLIK]

Terdapat lebih 8 rawatan wajah utama yang ditawarkan di Herbaline termasuklah rawatan pengelupasan mikro, rawatan penghapusan jerawat dan rawatan memudarkan jerawat, namun harganya begitu berpatutan dan rata-ratanya sekitar RM90 hingga RM159 je… Murah kan? 

Alamat: 294 Jalan 3, Ampang Utama, 68000 , Kuala Lumpur 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart