Muka seiras tanda jodoh kekal, mitos vs fakta?

Selalu kita dengar orang cakap kalau muka seiras maknanya jodoh kuat?

Boleh percaya ke?

Tapi perkara ni dah jadi macam realiti kan. Sebab, kebanyakkan kita lihat wajah suami dan isteri ada iras. Tidak pasti adakah ianya kebetulan ataupun memang benar.

Semuanya bergantung kepada kuatnya jodoh yang ditentukan tuhan.

Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru.

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?

Kerap bersama dan ada komunikasi yang lama

Satu kajian mengatakan, seseorang yang lama bersama pasangan secara tidak langsung wajah kita akan mengikut riak wajah pasangan dan sekali imbas seiras dilihat orang lain.

Ini kerana cara hidup dan pertuturan sekaligus dipengaruhi oleh pasangan.

Cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan.
Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri dan personaliti kita. Otak pula secara tidak langsung memberi isyarat bahawa dia adalah jodoh kita.

Emosi mampu mengubah karektor wajah

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965 yang merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras. Dalam kajiannya, beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Pengaruhi wajah pasangan

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart