Tak Perlu Usung Sijil Kahwin Kemana-Mana, 6 Prosuder Ini Untuk Mohon Kad Perakuan Nikah. Pengantin Baru Wajib Tau!

Kad jemputan kahwin yang menjadi trend orang lama, kini ditukarkan kepada kad jemputan kahwin digital yang boleh di hantar menerusi pelbagai media komunikasi. Begitu juga dengan sijil nikah telah ditukarkan kepada kad perakuan nikah yang lebih mudah. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk mohon kad perakuan nikah.

Apa itu kad perakuan nikah?

Kad perakuan nikah adalah sejenis dokumen perkahwinan yang mengisytiharkan secara rasmi bahawa pasangan tersebut sudah pun berkahwin. Ia bersaiz kecil seperti kad pengenalan dan kita boleh simpankannya di dalam dompet sahaja.

Kad nikah banyak memberi kemudahan kepada pasangan yang sudah berkahwin di luar sana untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dan boleh dibawa kemana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Dokumen yang wajib disediakan sebelum buat permohonan

  1. Satu salinan (fotostat) depan dan belakang Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
  2. Satu keping gambar berukuran passport untuk suami dan isteri dengan berpakaian yang menutup aurat, dan bertudung bagi yang wanita.
  3. Bayaran tunai sebanyak RM40.00 untuk dua keping kad bagi suami dan isteri boleh dibuat di kaunter semasa permohonan nanti.

1. Kad perakuan nikah negeri Selangor

mohon kad perakuan nikah

Berikut adalah cara untuk mohon kad perakuan nikah bagi negeri Selangor:

Syarat mohon kad perakuan nikah negeri Selangor

  1. Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  2. Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Alamat kaunter operasi

One Stop Centre (OSC), Aras Bawah (G), Menara Selatan, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


2. Kad perakuan nikah negeri Perak

Berikut adalah cara untuk mohon kad perakuan nikah bagi negeri Perak:

Syarat mohon kad perakuan nikah negeri Perak

  1. Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Perak sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Perak.
  2. Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam di Perak.

Panduan isi borang permohonan kad perakuan nikah secara manual

Langkah 1: Layari laman web rasmi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)

Langkah 2: Muat naik Borang Permohonan Kad Nikah di pautan ini.

Langkah 3: Cetak dan isi semua maklumat dalam borang yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar Borang Permohonan KAd Nikah (Nkad) bersama-sama dokumen yang No.1 tadi.

Langkah 5: Terima resit pembayaran

Langkah 6: Tunggu panggilan dari Pejabat Agama untuk urusan pengambilan kad.

Alamat kaunter operasi

Jabatan Agama Islam Negeri Perak Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh, Perak, 30000


3. Kad perakuan nikah negeri Johor

Berikut adalah cara untuk buat permohonan kad perakuan nikah bagi negeri Johor:

Syarat mohon kad perakuan nikah negeri Johor

  1. Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan.
  2. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Passport), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan.
  3. Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri.
  4. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan.
  5. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu.
  6. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja.

Alamat kaunter operasi

Bahagian Undang-Undang Syarak, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2282920 / 07-2282771Fax : 07-2282919

*Boleh juga mohon kad perakuan nikah negeri Johor di mana-mana pejabat Kadi daerah Johor


4. Kad perakuan nikah negeri Kelantan

Berikut adalah cara untuk mohon kad perakuan nikah bagi negeri Kelantan:

Syarat mohon kad perakuan nikah negeri Kelantan

  1. Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kelantan sahaja.
  2. Pasangan mestilah sudah menerima sijil perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Alamat kaunter operasi

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Kompleks Islam Darul Naim 15200, Kota Bharu Kelantan


5. Kad perakuan nikah negeri Kedah

mohon kad perakuan nikah

Berikut adalah cara untuk mohon kad perakuan nikah bagi negeri Kedah:

Syarat mohon kad perakuan nikah negeri Kedah

  1. Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kedah sahaja.
  2. Pasangan mestilah sudah menerima sijil perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.

Alamat kaunter operasi

Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja, 05676, Alor Setar, Kedah, 05460


6. Kad perakuan nikah negeri Sarawak

Berikut adalah cara untuk mohon kad perakuan nikah bagi negeri Sarawak:

Panduan isi borang permohonan kad perakuan nikah secara online

Langkah 1: Masuk ke laman sesawang Khidmat Islam Sarawak

Langkah 2: Log in ke dalam sistem dengan menggunakan SarawakID

Langkah 3: Klik pada butang “Munakahat” dan tekan pilih “Permohonan Kad Nikah”

Langkah 4: Isi dan lengkapkan segala maklumat peribadi diri dan pasangan yang diperlukan

Langkah 5: Isi juga maklumat daerah permohonan, nombor siri serta nombor pendaftaran sijil perakuan nikah kita

Langkah 6: Muat naik gambar berukuran passport diri dan pasangan bersaiz kurang daripada 2MB

Langkah 7: Sahkan maklumat dan simpan. Klik butang “Simpan dan Hantar”

Langkah 8: Semak status permohonan yang dibuat tadi di emel. Permohonan siap!

Alamat kaunter operasi

Jabatan Agama Islam Sarawak Aras 14, Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lorong P.Ramlee Off Jalan P.Ramlee, 94300 Kuching, Sarawak

Semoga dengan perkongsian mengenai cara mohon kad perakuan nikah ini dapat memberikan pasangan yang sudah berkahwin di luar sana informasi yang bermanfaat.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top