merisik, meminang, bertunang dan bernikah? Ketahui perbezaanya

Orang melayu sememangnya hidup di dalam budaya dan adat yang tidak pernah lapuk dek zaman. merisik Meminang bertunang bernikah adalah salah satu dari adat orang melayu. Pelbagai adat budaya yang penuh kesopanan menggambarkan tutur budi bicara dan sopan masih menjadi ikutan bangsa melayu.

Begitulah bak kata pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’ sinonim menunjukkan betapa kita menjaga susr galur ada budaya agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

Begitu juga dengan adat pertunangan dan perkahwinan. Segalanya penuh tertib dan sopan dari proses merisik, meminang, bertunang dan akhirnya disatukan dalam ikatan nikah yang sah.

merisik meminang bertunang bernikah
Kredit: Astro Gempak

Setiap proses penuh adat budaya yang sopan. Kali ini kami kongsikan apa perbezaan merisik, meminang, bertunang dan bernikah.

Merisik

merisik meminang bertunang bernikah
Kredit: Rojak Daily

Menurut kamus dewan, merisik adalah ‘mernyelidik secara diam-diam’ secara menyeluruh. Ianya memperlihatkan seorang lelaki mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang bakal disunting menjadi suri hatinya.

Namun, ada juga rombongan pihak lelaki datang secara mengejut untuk memeriksa sambil bertanyakan mengenai gerangan wanita yang bakal dinikahi. Ianya bertujuan berkenal-kenalan secara sopan dengan wanita dan keluarganya untuk mengetahui secara lebih dekat adakah wanita yang bakal disunting merupakan pilihan tepat.

Selalunya tuan-tuan akan disoal. Soalannya pula adalah soalan maut lagi berbisa. Jangan terasa ye. Dah memang hak dia untuk bertanya. Jawab le dengan jujur.

“anak keje apa? Lawyer? Majistret?”….. “ngaji kat mana?”….. “hantaran orang sini tinggi. Boleh ka?”

Kalau pihak perempuan tak setuju, selalunya ayat-ayat ni akan keluar. Harap tuan-tuan faham. Jangan dok tanya soalan bodoh pula.

“Anak saya ni kecik lagi” (walaupun tak munasabah dengan rupanya)

“Anak saya ni…. masak nasik pun tak reti lagi” (jangan dok gatei cakap rice cooker ada)

“Cadangnya nak suruh dia mengaji lagi” (walaupun SPM dia kantoi)

Kalau pihak perempuan setuju. Ayat ni akan keluar,

“kecik tapak tangan…. nyiru kami tadahkan”

“bagi kami… takde halanganlah”

Okey, settle. Boleh bagi CINCIN tanda jadi sebentuk. Kalau nak bagi la. Bukan wajib pun. Tetapkan tarikh meminang.

merisik meminang bertunang bernikah
Kredit: Riaubook.com

Meminang

Meminang pula bermaksud melamar. Mengikut kamus dewan ianya membawa maksud ‘meminta atau memohon seorang perempuan untuk dijadikan isteri’. Setelah pihak keluarga lelaki setuju untuk menjadikan wanita itu isterinya, maka mereka akan berjumpa pihak perempuan untuk meminang wanita tersebut dengan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda janji sudah diikat antara dua belah pihak.

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَبِيعَ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الْخَاطِبُ قَبْلَهُ أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الْخَاطِب

Maksudnya: “Nabi SAW melarang berjual beli di atas jualan sebahagian dari kamu dan (Nabi juga melarang) seorang lelaki meminang tunangan saudaranya sehinggalah dia meninggalkan tunangannya ataupun diizinkan oleh saudaranya (untuk meminang perempuan tersebut).” Riwayat al-Bukhari (5142)

Al-Khatib al-Syaribini menyatakan larangan tersebut dikeluarkan adalah kerana ianya sesuatu yang boleh menyakitkan orang lain. Rujuk Mughni al-Muhtaj (4/159)

PROSES MEMINANG

Peminangan dianggap berjaya bila pihak perempuan menerima pinangan lelaki. Ianya terbahagi kepada 6 peringkat utama.

1. Buka majlis

i.           Pihak perempuan membuka majlis dengan memberi salam dan surah al-fatihah.

ii.         Perkenalkan ahli keluarga terdekat yang turut serta.

iii.       Persilakan pihak lelaki untuk kenalkan diri dan nyatakan hajat. (buat-buat tak tau pulak)

2. Meminang

i.           Pihak lelaki kenalkan diri dan nyatakan hajat nak meminang dan sekaligus melangsungkan majlis pertunangan/bertunang.

ii.         Pihak perempuan akan beri laluan.

iii.       Pihak lelaki akan letakkan cincin tunang…. “saya bapa saudara dan wakil kepada anak saudara saya ingin meminang anak gadis tuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup kepada anak saudara saya dan juga sebagai menantu kami”

iv.       Wakil pihak perempuan akan ambil cincin tu dan serah kepada bapak si gadis.

v.         “Saya terima peminangan ini”. Alhamdulillah. Zaman sekarang ikut skrip je. Dulu lain la… memang saspen. Tak tau terima ke tidak.

3. Tetap belanja

Hantaran belanja dan mas kahwin ditetapkan termasuk masa perlu diserah.

Antara istilah untuk hantaran belanja ni yang pernah saya jumpa:

i.           Sekali cakap (Kedah)   : nilai hantaran dah tak boleh runding

ii.         Dua kali cakap               : boleh runding lagi

iii.       Belanja hangus (Perak) : kos kenduri di rumah pengantin perempuan

iv.       Serba satu                        : set pakaian lengkap satu tubuh.

v.         Serba berdiri                   : set barang kemas lengkap satu tubuh.

4. Hal-hal lain

Bincanglah apa-apa patut. Tarikh kenduri ke atau jumlah dulang dan lain-lain yang dirasakan perlu.

5. Penutup

Ulasan dan peringatan isi majlis meminang dan bacaan doa selamat. Pihak perempuan yang baca dan buat conclusion. Jangan silap.

Bertunang

merisik meminang bertunang bernikah
Kredit: EncikShino.com

Bertunang adalah tanda mengikat janji menjadi suami isteri. Ianya satu proses ikatan sebelum dinikahkan. Kebiasaanya tempoh bertunang mengambil masa 3 bulan keatas. Ada juga pasangan yang terpaksa bertunang lebih dari setahun disebabkan kemungkinan masalah kewangan yang belum mencukupi. Dalam fasa bertunang, kesetiaan setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji sejauh manakah pasangan ini mampu mengharungi setiap masalah bersama.

Sabda Nabi SAW:

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya.

Bernikah

merisik meminang bertunang bernikah
Kredit: PREBIU.com

Pernikahan adalah satu ikatan suci dan sah antara seorang lelaki dan seorang wanita. Ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk terus bernikah tanpa bertunang untuk mengurangkan kos dan mengurangkan risiko fasa ‘Darah manis’.

Bernikah adalah diwajibkan di dalam islam bagi mengelakkan dosa zina dan ianya perlu untuk mereka yang sudah layak untuk dinikahkan. Setiap proses penuh adat budaya yang sopan. Kali ini kami kongsikan apa perbezaan merisik, meminang, bertunang dan bernikah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top