Masih belum berpunya? Amal doa mudah menjemput jodoh ini

Setiap manusia pasti ingin hidup berpasangan. Pastinya kita mengimpikan jodoh yang baik dan mampu membimbing kita kearah yang lebih elok dari sebelumnya. Jodoh yang baik bukanlah diukur dari rupa paras atau harta benda semata-mata tetapi biarlah pasangan yang mampu membimbing kita ke jalan Allah.

Kita dilahirkan dengan sikap positif dan negatif dan oleh itu pastilah kita juga mendambakan pasangan yang mampu memberi imbangan yang baik kepada sikap tersebut. Bak kata orang tua-tua, pasangan adalah melengkapi satu sama lain.

Namun, ada juga sesetengah orang yang dilambatkan jodohnya. Jangalah sesekali kita menyalahkan takdir atau diri sendiri. Seharusnya kita fikir kembali apakah kekurangan pada diri kita sendiri. Selain merubah penampilan diri, kita juga haruslah periksa kerohanian diri. Adakah cukup doa-doa kepada Maha Pencipta?

Jadi kami kongsikan kepada anda doa dan cara menjemput doa yang baik. Amalkan, InsyaAllah dengan keberkatan yang ada pasti jodoh anda akan tiba juga. Ingat! jangan sesekali menggunakan ilmu hitam untuk memikat seseorang. Itu syirik dan khurafat!

Kredit: Baituljannah.com

Proses menjemput jodoh

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.
Ia ada dalam firman Allah,


“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

  • Banyakkan berdoa

Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa.
Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil.
Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.


Berdoa tiap kali selepas solat.
Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.
Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.

  • Kenali tanda-tanda Allah

Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereke berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah mereka.
Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.
Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah.
Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.

  • Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan

Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

  • Lalui situasi itu

Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu.

Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi.


Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart