Unik Tapi Menginsafkan, Pengantin Wanita Mintak Mas Kahwin Kain Kafan

Biasa kita dengar orang berlumba-lumba untuk melatakkan jumlah mas kahwin semewah yang mampu. Jika permintaan pengantin perempuan sederhana pun biasanya sekadar mengikut jumlah mas kahwin yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, atau set lengkap alat solat (telekung, sejadah, Al-Quran).

Istimewanya, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang sebuah kisah percintaan sepasang lelaki dan perempuan yang akhirnya mengikat tali perkahwinan dengan akad nikah.

Namun yang menjadi tumpuan adalah bila mana pengantin perempuan hanya minta mas kahwin kain kafan. Nak tahu apa sebabnya?Jom kami kongsikan butiran kisah ini.

Enggan terima hadiah lain, Pengantin mahu mas kahwin kain kafan!

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin kain kafan.”

Begitulah seakan-akan lafaz nikah yang diucapkan oleh seorang pangantin lelaki di ketika masjlis akad nikahnya di Lombok, Indonesia beberapa hari lalu.

Pasangan berkenaan mengejutkan warganet apabila pengantin perempuannya hanya meminta mas kahwin kain kafan.

Menerusi video 42 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Tik Tok @panggilaku_panda ada berkongsi butiran lanjutnya.

Ketika pengantin lelaki sedang melalui proses akad nikah, kedengaran jurunikah di sana menyebutkan mahar perkahwinan mereka adalah berupaya kain kafan serta wang tunai berjumlah 2.58 juta kira-kira RM735 mengikut mata wang ringgit Malaysia.

Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih Binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin 2.58 juta dibayar tunai.”

Individu yang bertanggungjawab memuat naik video berkenaan adalah, Febriana Dwi Sulastri yang mana pengantin wanita itu merupakan ibu saudaranya sendiri.

Pasangan berkenaan selamat melangsungkan pernikahan pada 18 Januari lalu di Kampung Kulakagik, Lombok Tengah di Indonesia.

Video itu bahkan turut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen yang mempersoalkan pemilihan mahar dan lokasi perkahwinan itu diadakan.

Simbolik cinta sampai ajal datang

Bagi menjawab semua persoalan di ruangan komen itu, pemilik akaun Tik Tok berkenaan menjawab ringkas, “Sudah ditawarkan mas kahwin lain oleh suami tetapi si isteri tidak mahu,” katanya.

Pada mulanya pengantin lelaki yang dikenali sebagai Hapipi juga terkejut apabila tawaranya ditolak.

Namun pengantin perempuan sekadar menjawab bahawa mahar yang ingin diberikan lelaki itu hanyalah bersifat kesenangan dunia semata-mata.

Apa yang dia mahu hanyalah kain kafan, yang mana suatu hari nanti akan digunakan sebagai keperluan saat mati dan dibawa juga sehingga mati.

“Kenderaan juga ditawarkan kepada saya, tapi itu hanya duniawi, meskipun kita akan perlukan juga akhirnya. Tetapi yang pasti kita perlukan ketika mati nanti itu cuma kain kafan.” – Wahyuningsih.

Niatnya, kain kafan yang diletakkan di bekas yang terbuka itu dapat mengingatkan tetamu untuk selalu mengingati kematian dan jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran.

Jelasnya lagi, kain kafan boleh mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan cinta pasangan itu hingga sampai ajal memisahkan.

Semoga perkongsian kami mengenai kisah seorang pengantin wanita yang meminta mas kahwin kain kafan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran yang berguna untuk anda semua.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart