Malu perut buncit menggeleber! Senang jer, cuba 3 cara mudah ini untuk lenyapkannya

Pelbagai cara sudah digunakan dan bermacam jenis diet sudah dicuba namun masih lagi tidak berjaya menghilangkan lebihan lemak bawah perut. Lemak bawah perut ini atau lower belly fat sebenarnya memerlukan aktiviti yang tepat bagi memastikan ianya berkesan.


Bagaimana untuk memastikannya berkesan adalah dengan mencuba untuk melakukan beberapa kali ulangan dan haruslah dilakukan dalam dua hingga 4 kali seminggu.


Berikut kami cadangkan kepada anda jenis-jenis senaman yang anda boleh lakukan bagi membantu anda menyelasaikan masalah lebihan lemak bawah perut ini.

90 Darjah Tekanan Statik


Lemak bahagian bawah perut itu memerlukan senaman yang tertentu bagi menumpukan tekanan barulah berhasil. Salah satu senaman yang dicadangkan oleh Donna adalah anda perlu melakukan ini supaya ianya efektif. Caranya mudah saja iaitu, baring dalam keadaan meniarap dan bangunkan tubuh dalam keadaan posisi plank. Pastikan anda bernafas dengan betul dan apabila menghembuskan nafas, tumpukan tekanan kepada bahagian perut. Lakukan senaman ini selama 5-10 kali.

Flutter Kick

Ini juga salah satu senaman yang anda boleh lakukan secara bergilir. Dapatkan diri anda dalam posisi baring dan naikkan kedua kaki setinggi 45 darjah. Gerakkan kedua kaki ke atas dan bawah selama dalam 50 saat dan ambil masa untuk berehat dalam 10 saat.

Mountain Climber


Ambillah masa untuk bergilir bertukar senaman. Senaman ini juga sangat membantu untuk menghilangkan lebihan lemak bawah perut. Hnaya perlu rajin melakukannya dan jika anda konsisten, hasilnya sangat memuaskan!

Ketiga-tiga senaman ini sebenarnya sangat membantu anda untuk menyingkirkan lebihan lemak di perut. Lakukan selama dua tiga kali seminggu dan jangan lupa untuk mengamalkan diet yang sihat untuk hasil yang lebih cepat. Dalam pada masa yang sama usahlah anda memaksa diri jika tidak mampu. lakukan mengikut kemampuan diri dan yang penting adalah anda konsisten.


Semoga artikel ini dalam membantu anda untuk mencapai bentuk badan ideal!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top