Malu nak senyum bila lipstick melekat pada gigi, Ikut 5 Tips mudah ini!

Masalah yang sering dihadapi wanita adalah olesan gincu terkena pada gigi. kami ada trik untuk elakkannya dari berlaku lagi.

Boleh kata ia amatlah memalukan apabila anda cuba untuk memberikan senyuman manis kepada sahabat atau teman tetapi mendapat reaksi yang pelik atau awkward dari mereka. Semuanya dek kerana noda gincu yang terpalit di atas permukaan gigi.

Jadi, apa yang ramai harapkan adalah tidak lagi menghadapi situasi janggal sebegini apabila keluar bersama teman atau rakan.

Kami kongsikan trik yang boleh anda cuba untuk elak gincu dari terkena pada permukaan gigi supaya anda boleh berkomunikasi dan senyum dengan lebih confident!

1) Tisu


Meskipun ia trik yang agak klise, tapi ternyata ia berkesan. Letakkan sehelai tisu di antara permukaan bibir atas dan bawah. Kemam perlahan-lahan dan fokus pada bahagian dalam bibir. Ia akan menghilangkan lebihan kesan gincu dan ini mengelakkan rona gincu terkena pada permukaan gigi.

2) Gunakan Jari Telunjuk


Cara yang paling mudah untuk mengelakkan lipstick daripada melekat pada gigi. Bulatkan mulut, masukkan jari telunjuk ke dalam mulut dan tarik selepas 3 saat.


Jadi, sisa-sisa lipstick yang ada pada bahagian mulut itu akan melekat pada jari telunjuk. So, tiada lagi masalah lipstick melekat pada gigi.

3) Lip liner

Biasanya kita akan menggunakan penggaris bibir pada garisan bibir. Apa kata selepas ini gunakan penggaris bibir pada keseluruhan bibir supaya lipstick akan melekat pada bibir dan tidak menempel pada gigi.

4) Bedak bayi

Bedak boleh membantu menyerap minyak. Jadi, anda boleh menaburkan bedak bayi pada bibir agar kilauan dari lipstick akan hilang.


Hasilnya, lipstick tersebut akan menjadi matte dan tidak akan melekat pada gigi.

5) Lip brush

Dengan menggunakan lip brush, jumlah lipstick yang digunakan hanya cukup-cukup untuk mewarnai bibir. Cara ini tidak akan memberi ruang untuk lipstick melekat pada gigi.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top