Malu jadi perempuan kalau kaki berbau, Doktor ini kongsi tips atasinya

Bau kaki yang kuat tentunya membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Bukan itu sahaja, orang sekeliling pun rasa tidak selesa dengan bau yang menyengat itu.

Jika masalah ini lama-lama dibiarkan tentunya masalah ini akan menyebabkan anda kehilangan rakan-rakan.

Mana tidaknya, siapa yang mampu menahan bau yang kuat sehingga mengganggu tumpuan. Lebih buruk lagi jika berada di ruang atau bilik yang tertutup, tentu lagi teruk keadaannya.

Kalau anda ada masalah kaki berbau, boleh cuba tip di bawah ini. Sekurang-kurangnya bagi anda yang mengalami masalah bau kaki, ada usaha untuk mengatasi masalah yang dialami.

Cuci Daki Kaki

Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

Buang Cagu/Kematu

Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

Potong Kuku Pendek

Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

Pakai Stokin Sesuai

Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

Pakai Kasut Sesuai

Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

Tukar Stokin Setiap Hari

Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh.

Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari

Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

Pakai Ubat Anti-Perspiran

Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

Elak Kongsi Stokin atau Kasut

Pelajar di asrama selalu kongsi (baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

Petua Orang Lama

Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart