Posted on: January 9, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Selari dengan trend masa kini, resepsi bukan lagi seperti kenduri perkahwinan dulu-dulu. Tiada lagi majlis rewang yang melibatkan jiran tetangga mahupun sanak saudara. Kalau ada pun di kawasan kampung.

Kebanyakkan majlis resepsi perkahwinan kini dijalankan di kawasan yang lebih eksklusif, seperti di dewan, hotel, restoran mahupun taman-taman yang berlatarkan alam semula jadi.

Photo booth boleh dianggap sebagai ‘stage kedua’ selepas pelamin. Di situlah ramai tetamu akan banyak mengambil gambar dan akan dijadikan kenangan dihari bahagia anda nanti.

Ini antara idea untuk yang sedang mencari konsep atau tema photobooth.

1) Ruffles

Simple bukan? Dan cara paling senang untuk terapkan elemen majlis perkahwinan anda dengan backdrop adalah dengan menggantung plat hashtag majlis anda.

2) Papan

Papan yang mempunyai corak seakan ‘stripboard’ ini menambahkan ‘umph’ kepada backdrop anda. Memberi kelainan kepada backdrop yang selalunya kosong. Tambahan warna-warna ceria untuk abjad-abjad yang terpampang dan ‘glowing love sign’ juga menambahkan faktor wow untuk photo booth ini.

3) Photo booth

Sticking to the real photo booth fellas! Jika anda ada bajet lebih, atau skil yang terpendam, gunakan kreativiti boleh membina photo booth yang sebenar. Tambahkan hiasan plushy comel untuk membuat photo booth anda lebih menarik.

Sebagai idea dan pilihan, anda boleh meletakkan foto-foto pre wedding atau foto-foto semasa kecil dan remaja yang dicetak semula. Barulah ada kelainan.

4) Gambar pra perkahwinan – Anda ada ambil gambar pra-perkahwinan? Mana lagi tempat sesuai untuk pamerkan kepada jemputan jika bukan di photo booth. Bukan saja mudah, malah, idea bijak jika anda buntu mencari idea latar belakang yang sesuai. Pastinya gambar pra-perkahwinan anda cantik-cantik, bukan?

5) Lanterns

Jika majlis anda diadakan pada waktu malam, photo booth dengan hiasan sebegini amat sesuai. Tidak perlu dengan hiasan yang berat dan sarat. Hanya gunakan biasa lanterns atau lilin aroma. Ianya mampu membangkitkan suasana romantik dan mewah.

Leave a Comment