Posted on: July 29, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Aktres dan penyanyi Nur Fazura tampil berseri dan mempersonakan menerusi gaun kembang merah sambil dirinya sarat hamil tujuh bulan.


Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi sekeping foto bak puteri itu untuk tatapan umum.
Difahamkan sesi fotografi tersebut diadakan bagi sebuah projek bersama syarikat rakamannya. Universal Music.


Mengenakan gaun merah hasil rekaan Rizman Ruzaini, wajah Fazura pula manis ditata rias dan rambut ikal dilepaskan ke bawah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti yang memuji kecantikan isteri kepada aktor Fattah Amin ini.

Malah, ramai yang sudah tidak sabar menantikan kelahiran bayi pasangan tersebut yang dijangka akan bersalin pada bulan September kelak.


“Cantiknya bakal ibu ni,” puji pelakon Indonesia Acha Septriasa.
“Puteri!!!!” komen pelakon Mimi Lana.

“Sekali macam ratu, selamanya akan menjadi ratu,” kata seorang wargamaya.
“Ibarat pari-pari!” ujar seorang wargamaya.


“Cantiknya Faz, tak sabar nak tunggu kelahiran baby,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Pada April lalu, Fazura mengumumkan dirinya hamil empat bulan setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama Fattah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Leave a Comment