Macam model terkenal! Bukan sahaja hebat di dapur, transformasi Pavithra dipuji netizen

Siapa sangka wanita kecil molek perwatakan sederhana, S. Pavithra yang terkenal dengan video masakan di YouTube sebenarnya memiliki kecantikan persis model.

Wajahnya yang selama ini polos tanpa sebarang calitan mekap, didandan rapi jurusolek tersohor Razzi Musa dan dibaluti pakaian mewah rekaan pereka fesyen ternama tanah air, Datuk Benard Chandran dan Wan Pa membuatkan wanita lemah-lembut itu tidak ubah seperti seorang peragawati profesional.

Facebook Malaysia Beauty Pageant memuat naik dua keping foto belakang tabir pengambaran Pavinthra yang mengenakan pakaian pereka ternama tanah air hari ini.

Difahamkan lokasi pengambaran adalah di sekitar kediaman pasangan Sugu Pavithra itu sendiri di Sungai Siput, Perak.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.


Di ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan hasil air tangan Razzi mencantikkan lagi wajah ayu Pavithra.

Rata-rata netizen memuji kecantikan wajah Pavithra terutamanya bentuk mukanya yang sempurna dan kulitnya yang bersih.
Pasangan Sugu Pavithra mula menempa nama sehingga digelar ikon masakan apabila memuat naik video-video masakan yang ringkas tetapi enak dalam Bahasa Melayu yang fasih.

Di samping itu, personaliti pasangan tersebut yang merendah diri serta pembersih turut menjadi perhatian semua peringkat rakyat sehinggalah ke Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top