Macam mana cara nak pilih Wedding Planner terbaik untuk majlis idaman anda?

Perancang atau perunding perkahwinan adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis resepsi perkahwinan dari awal hingga akhir. Dari atur cara majlis, pemilihan lokasi resepsi, pemilihan makanan, susun atur meja tetamu dan pelamin, sehinggalah kepada pemilihan busana sempurna untuk si mempelai, semuanya harus dibereskan dengan jayanya oleh pihak yang tersebut. Jika tidak, punahlah harapan untuk sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar.

Senang kata, wedding organizer perlu bijak dan berani mengambil risiko kerana tugasan yang harus diurus bukanlah semudah yang dilihat. Kerja belakang tabir lebih mencabar ibarat “jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga”.

Oleh itu, semua bakal mempelai sila ambil perhatian. Bagi memastikan perkahwinan impian anda dilangsungkan secara profesional dan meriah, ini mungkin beberapa tips ringkas yang anda perlukan dalam memilih bakal-bakal perancang perkahwinan yang tepat.

1. Buat Rujukan

Untuk meleraikan pening kepala anda, lakukan rujukan ringan. Kadang-kala anda tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal-hal majlis kahwin. Oleh itu, cuba bertanya dengan rakan atau sanak-saudara yang telah mempunyai pengalaman. Tanya bagaimana cara yang tepat untuk mencari dan memilih perancang perkahwinan yang sesuai. 

Pengalaman yang kita belajar dari kesilapan orang lain itu adalah lebih bermakna.

2. Lakukan Survey

Cuba buat kaji selidik menerusi internet. Senaraikan beberapa wedding organizer yang berpotensi sebelum muncul dengan senarai pendek yang mungkin merangkumi 3 hingga 4 perancang perkahwinan yang kena dengan ‘selera’ anda. Cuba cari ulasan-ulasan dari testimoni mempelai yang pernah bekerjasama dengan para perancang perkahwinan berkenaan. Itu akan lebih memudahkan proses pemilihan anda supaya tidak tersalah membuat keputusan.

3. Temu Ramah Pihak Perancang Perkahwinan

Setelah anda muncul dengan senarai pendek perancang perkahwinan pilihan, bolehlah mula aturkan sebuah temu janji supaya anda boleh kenal lebih dekat dengan calon perancang perkahwinan berkenaan. Keserasian antara pengantin dan si perancang perkahwinanlah yang menjadi tunggak kepada kejayaan sesebuah majlis atau resepsi.

Ingat, ramai hati yang perlu dijaga. Bukan sahaja hati keluarga yang ingin dipuaskan, kegembiraan para tetamu lain juga perlu dititik beratkan. Sudahnya, anda yang mengeluarkan belanja juga turut berpuas hati.

4. Fleksibelkan Dengan Bajet

Anda perlu jelas bahawa tugasan dan tanggungjawab yang dipikul oleh pihak perancang perkahwinan adalah yang paling sukar. Bukan semua orang boleh menempuh cabaran yang besar bagi memastikan sesebuah majlis itu berjalan dengan lancar bertepatan dengan harapan yang diletakkan oleh klien. 

Sebab itu jugalah, lazimnya harga servis yang ditawarkan adalah mahal. Pastikan anda menghantar proposal kewangan majlis anda pada pihak perancang perkahwinan agar mereka tahu dan faham tentang susur alur bajet anda. Pastikan mereka bijak dan boleh diharap dalam menguruskan kewangan sambil mampu menyeimbangkan bajet anda dengan baik.

5. Krew Yang Mudah Berurusan

Pihak perancang perkahwinan biasanya akan bekerja di dalam kumpulan -berdasarkan beberapa kategori urusan termasuklah pengurusan makanan, dekor, pakaian dan solekan pengantin, audio, protokol dan sebagainya. Sebab itu, adalah sangat penting supaya anda bukan sahaja ‘ngam’ dengan si perancang perkahwinan, malah dengan anak-anak buahnya juga. 

Pastikan mereka tidak lokek untuk memaklumkan kepada anda berkenaan setiap progres kerja yang berlaku agar anda tahu dan kekal waspada dengan apa yang sedang berlaku. 

Kahwin hanya sekali, pastikan semuanya sempurna!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart