Luang masa dengan rakan sekepala, 4 tips rancang ‘Parti Bujang’ sebelum pegang tanggungjawab baru

Bridal shower atau parti bujang sekarang ini makin menjadi trend di Malaysia. Bukan hanya di kalangan selebriti, tapi majlis ini juga dianjurkan di kalangan masyarakat biasa, khususnya wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Di luar negara, acara ini biasanya disertai dengan parti yang menjemput teman rapat masing-masing bagi meraikan hari perkahwinan yang bakal tiba di samping meluangkan masa bersama sebelum bergelar suami atau isteri.  Teman-teman juga akan membawakan hadiah khusus bagi bakal pengantin.

Tak salah nak berparti, tetapi biarlah tidak melampaui batas atau keterlaluan. Mungkin cukuplah sekadar bergembira makan bersama teman-teman sebelum anda bakal menggalas tanggung jawab baru sebagai suami atau isteri.

Elakkan penggunaan barang terlarang semasa berparti ya…

Ini tips parti bujang yang anda boleh try…

Pilih tema kreatif

Pilih tema kreatif dan menarik agar parti yang dirancang tidak membosankan. Anda boleh pilih tema super hero atau watak kartun comel yang diminati mahupun tema basahan seperti pijama atau kain batik yang lebih santai dan ringkas.

Tema yang dipilih pastilah lebih mudah dan mudah diikuti oleh teman-teman yang lain.

Minimakan bajet

Minimakan penggunaan bajet untuk parti bujang anda. Anda perlu ingat, bajet yang ada seeloknya diarahkan kepada majlis perkahwinan mahupun persediaan hidup suami isteri nanti.

Tidak perlu keluarkan bajet besar hanya semata-mata untuk berhibur bersama teman-teman. Rancang parti yang seringkas mungkin.

Hanya jemput teman rapat sahaja

Semak senarai tetamu. Cukuplah hanya menjemput teman-teman rapat tidak lebih dari 20 orang. Jika boleh dikurangkan, maka lakukan sahaja. Jangan pula anda jemput satu kampung.

Kebiasaanya, parti bujang hanya untuk sahabat baik sahaja. Cukup sekadar bergembira dan makan bersama sebelum anda memegang tanggung jawab baru yang lebih fokus kepada rumah tangga.

Pilih tarikh sesuai

Pilih tarikh yang sesuai dan tidak clash dengan hari-hari terdekat dengan majlis. Ini kerana, sebagai pengantin anda perlu ada bersama ahli keluarga menjelang hari-hari terdekat majlis anda untuk membantu apa yang diperlukan.

Lagipun, tidak manis jika anda keluar berhibur tetapi di rumah ada keluarga yang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top