Kumpul saham akhirat, Noorkhiriah wakaf MPV jadi van jenazah percuma

Bila beraksi di layar televisyen, memang akan beri impak besar pada penonton walaupun bukan watak utama. Siapa lagi kalau bukan pelakon berbakat, Noorkhiriah.


Lihat sajalah watak Aishah yang dipegang dalam drama Nur. Memang viral habis! Sampai ramai penonton merindukan Noorkhiriah untuk kembali beraksi. Sayangnya, dirinya hanya aktif di media sosial saja.

Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi apabila pelakon berusia 41 tahun ini memuat naik satu posting tentang kenyataannya untuk menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma.


Lain daripada yang lain bukan? Nampak je benda kecil tapi inilah saham akhirat yang sentiasa mengalir sampai bila-bila selagi perkhidmatan van jenazah Khiriah digunakan.

Semoga Allah rahmati amalanmu

Dia juga berharap usaha kecilnya ini dipermudahkan Allah dan turut berterima kasih kepada pihak yang banyak menyumbang terutama surau Al-Ikhlas Palm Spring dan suaminya.


Baguslah Khiriah fikirkan saham akhirat untuk dibawa. Harap ada ramai di antara pembaca membuat kebaikan untuk masyarakat walaupun sekecil zarah asalkan niat ikhlas bukan riak.

Semoga segala kebaikan yang kita semua lakukan, diterima Allah, amin!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart