Konsep dan idea untuk ‘Dayang-dayang’ si pengantin paling On Point

Apa tugas Bridesmaid?

Kalau kita terjemahkan perkataan bridesmaid kedalam bahasa melayu secara terus ialah Pembantu pengantin. Tetapi pembantu dari segi apa? Keperluan pengantin, menghiasi majlis atau bantu menjayakan majlis?
Sebilangan daripada mereka ini bertungkus-lumus membantu majlis kahwin.

Dari mula hinggalah tamat majlis mereka membantu seperti majlis mereka sendiri. Tetapi ada juga jenis dari awal majlis hinggalah selesai masing-masing sibuk dengan gajet. Sekejap-sekejap selfie, sekejap ambik gambar. Melaram mengalahkan pengantin.

Dalam setiap masjlis perkahwinan tidak sah jika tiada bridesmaid atau lebih tepat dipanggil gadis dulang. Pelbagai fesyen dan warna sedondon untuk gadis-gadis dulang kelihatan cantik sama seri dengan si pengantin perempuan.

Bridesmaid ini dilantik oleh pengantin perempuan adalah bertujuan untuk membantu mereka melancarkan majlis perkahwinan dan penyeri semasa hari bahagia mereka. Selalunya bridesmaid dipilih dikalangan kawan baik pihak pengantin perempuan sendiri.

Jom kita tengok 10 fesyen bridesmaid yang sama cantik dengan si pengantin:

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top