Kisah Dr. Sakinah kalah saman dan perlu bayar RM230K, Ini nasihat kami…

Nama Dr Sakinah menjadi sebutan di media sosial sehinggakan jadi nombor satu trending di laman twitter. Rata-rata pengguna twitter meluahkan rasa simpati kepada Dr Sakinah kerana dibebani jumlah gantirugi RM230,000 yang diarahkan untuk membayar kepada Doula Masyitah Md Hassan.

Seperti yang dimuatnaik melalui posting Facebook Muhammad Zaki Omar, Doula Masyitah (Doulamas) menang tuntutan saman fitnah ke atas Doktor Sakinah dan  sesi pendengaran keputusan saman fitnah berlangsung pada hari Isnin 26 Oktober 2020.

Mahkamah mendapati  Dr Sakinah telah memuatnaik pernyataan fitnah terhadap Doulamas berdasarkan posting Facebook beliau pada 7, 8 dan 12 Feb 2018.

Seperti yang dinyatakan dalam posting tersebut, sebelum ini Dr Sakinah dikhabarkan menuduh Doulamas terlibat dalam kejadian kelahiran di rumah pada 4 Feb 2018 serta merungkai tuduhan yang mengaitkan Doulamas dengan kematian bayi tersebut.

Dipetik dari BH Online, tuduhan itu berikutan dari penularan berita kematian seorang bayi yang baru dilahirkan dan disyaki ada kaitan dengan amalan khidmat doula di sebuah rumah di Johor Bahru.

Amalan ‘homebirth’ itu didakwa menyebabkan bayi yang baru lahir dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi ketika kelahiran yang kononnya berlaku di bawah pengawasan doula.

Walaubagaimanapun, Doulamas berkata keputusan ini memberi pengajaran kepada  semua orang semua untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan tidak dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.

“Yang menyaman belum tentu benar” – Dr Sakinah

Pada awal tahun 2019, Dr Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya memberi peringatan masyarakat agar sentiasa memilih kelahiran selamat selaras dengan matlamat Sustained Development Goal.

“Seperti yang ramai maklum, ia rentetan satu pendedahan saya yang tular pada tahun lalu mengenai satu kes kelahiran tidak selamat yang berlaku di kawasan jagaan saya. Mengambil tanggungjawab sebagai Pakar Perubatan Keluarga bagi kawasan terlibat, saya bertindak mendedahkan kes tersebut sebagai peringatan masyarakat agar sentiasa memilih kelahiran selamat selaras dengan matlamat Sustained Development Goal. Apa yang telah dikongsikan adalah berdasarkan fakta hasil temuramah dan rekod perubatan pihak yang terlibat, yang tidak dapat saya pejamkan saja.

Saya akan tetap mempertahankan pendirian saya dan menganggap tindakan saman ini adalah usaha pihak yang mempunyai kepentingan terselindung dan mahu mengaburi mata orang ramai. Yang menyaman belum tentu benar. Sekiranya inilah harga yang perlu saya bayar kerana mempertahankan kebenaran, maka saya teguh dan memilih kes ini untuk dibicarakan.”- tulisnya di facebook yang mendapat 1.5k perkongsian.

Susulan dari kes menang saman Doulamas, rata-rata netizen di twitter menunjukkan tanda sokongan kepada Dr Sakinah sehingga sebuah tabung sumbangan atas nama akaun Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia diwujudkan.

Kebanyakkan mereka meluahkan rasa simpati dengan nasib Dr Sakinah dan rela untuk menyumbang wang kepada beliau untuk mengurangkan beban membayar gantirugi tersebut.

Nasihat kami:

Jika anda ingin melahirkan bayi atau mengalami sebarang komplikasi kelahiran segeralah ke hospital dan berjumpa doktor. Janganlah anda serah diri kepada mana-mana individu yang tiada kelayakan, kepakaran atau terlatih kerana dibimbangi risiko tinggi yang akan berlaku.

Janganlah sesekali merisikokan diri dan bayi anda. Apapun, pilihan di tangan anda. Jika anda memilih homebirth, risiko adalah atas diri sendiri. Jika anda memilih hospital, insyaAllah ianya boleh dikurangkan dengan tenaga dan pengalaman doktor yang lebih pakar.

Bab isu saman, semoga Dr.Sakinah terus tabah dan InsyaAllah jasa baik anda memberi pengetahuan dan ilmu kepada orang ramai moga bermanfaat. Hanya Allah mampu membalasnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart