Ketahui 7 mitos dalam perkahwinan

Terdapat banyak frasa terkenal yang di gunakan di dalam perkahwinan. Namun adakalanya apa yang di sebut itu tidak seratus peratus tepat.

Kebanyakan frasa ini di ambil secara perbandingan mudah dalam beberapa kes. Berikut antara frasa yang terkenal dan realiti yang berlaku di dalam rumah tangga.

Neurosis atau masalah personaliti mampu menghancurkan rumahtangga :

Tidak benar, kita semua mempunyai personaliti tersembunyi. Bukan personaliti itu yang menghancurkan rumahtangga, namun bagaimana kita menguruskan personaliti tersebut.


Minat yang sama dapat menjadikan pasangan itu kekal bersama :

Ianya mungkin benar dan mungkin salah – sebenarnya ianya lebih kepada “bagaimana” kamu membuat sesuatu secara bersama sama.

Bertolak ansur dapat menjadikan hubungan yang baik sesama pasangan :

SALAH!!! Ianya berlawanan – memendam rasa hanya akan MEROSAKKAN perhubungan. Sebaliknya pasangan yang bahagia hanya akan membuat sesuatu perkara kerana mereka bahagia dengan perhubungan mereka.

Mengelakkan konflik akan menghancurkan rumah tangga :

Bercakap perkara yang mungkin menimbulkan masalah dan tidak menyatakan sesuatu perkara yang mungkin menimbulkan masalah (menyembunyikan serta tidak ambil endah perkara tersebut) adalah sifat yang bertentangan, dan keduanya bukanlah baik atau buruk. Ianya sebenarnya sama ada kedua dua pasangan berpuas hati dengan pendekatan yang di gunakan.

Mempunyai hubungan lain (having an affair) adalah punca utama penceraian :

Tidak benar! Hubungan luar biasanya berlaku di sebabkan wujudnya masalah dalam perhubungan sedia ada. Hubungkait masalah yang menyebabkan berlakunya penceraian juga menyebabkan orang mencari hubungan di luar.

Lelaki bukanlah secara asalnya di bina untuk sebuah perkahwinan :

Sebenarnya perkara itu lebih kompleks dari itu. Satu kajian di lakukan menunjukkan semakin banyak wanita memasuki bidang kerjaya, semakin tinggi jumlah wanita yang mempunyai hubungan luar (affairs)

Lelaki dan wanita berasal dari planet yang berbeza :

“lelaki adalah dari marikh dan wanita adalah dari zuhrah” – ini adalah frasa yang terkenal. Perbezaan jantina mungkin menyumbang kepada masalah rumah tangga, namun ianya bukanlah punca masalah. Terdapat faktor umum yang asas yang di inginkan oleh kedua dua jantina dalam sesebuah perhubungan. 70 % lelaki dan wanita berkata silaturrahim adalah kunci kepuasan sesebuah perhubungan, dan ianya amat mempengaruhi perhubungan tersebut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart