Ketahui 20 pantang larang bakal pengantin sebelum berkahwin

Menjelang hujung tahun, dimana kebiasaannya adalah waktu-waktu orang melangsungkan majlis perkahwinan, kami ingin berkongsi dengan anda antara pantang larang orang dulu-dulu buat bakal pengantin.

Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang dilakukan, pasti ada berkait rapat dengan pantang larang. Meskipun kini kehidupan lebih moden, namun pantang larang yang diwarisi dari nenk moyang turun temurun masih tetap diamalkan dan diyakini kesahihannya.

Pantang larang dilihat agak cliche di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Maklumlah duni semakin maju dan moden, ramai yang dah tak berapa percaya tentang pantang larang amalan turun temurun ni.

Tetapi, sebenarnya pantang larang sebegini ada kebaikannya jika diikuti. Jom kita tengok 20 pantang larang untuk bakal pengantin.

  1. Jangan kerap keluar dengan pasangan
  2. Jangan bebas keluar ke mana sahaja, kalau boleh, banyakkan duduk di rumah saja
  3. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi
  4. Elakkan tidur di rumah orang lain, takut terkena ilmu. Tapi sebenarnya untuk menjaga nama baik keluarga si bakal pengantin
  5. Elakkan memakan ulam atau makanan yang berbau busuk
  6. Kurangkan memakan makanan laut kerana dipercayai banyak toksid
  7. Jangan makan kepala ayam kerana dikhuatiri akan mengantuk ketika majlis perkahwinan
  8. Sebelum sah menjadi pengantin, elakkan daripada tidur di katil pengantin, kerana tidak manis
  9. Jangan pandang cermin ketika disolek dan dihias oleh juru andam, takut jika hilang seri muka
  1. Elakkan juga mencukur bulu kening supaya tidak hilang seri dimuka
  2. Jika telah sah nikah, tetapi adalah nikah gantung, pasangan tidak dibenarkan untuk bersama
  3. Bagi perempuan, jangan terlalu dedahkan diri kepada keluarga pihak lelaki
  4. Jangan makan terlalu banyak
  5. Jangan bercermin, terutamanya pada waktu maghrib bagi mengelakkan daripada terkena sihir
  6. Jangan berembun ataupun keluar malam supaya unsur jahat dapat dielakkan
  7. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan untuk bercakap atau bersembang semasa diatas pelamin kerana tidak sopan dipandang tetamu
  8. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis perkahwinan berlangsung
  9. Elakkan makan dan minum sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar
  10. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar
  11. Elakkan minum soya kerana dipercayai tidak elok untuk alat kelamin

Orang-orang tua dahulu selalu mengingatkan anak cucu mereka supaya tidak melanggar pantang larang. Bagi mereka, melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Pantang larang itu tidak salah, tetapi diingatkan agar janganlah berlebih-lebihan sehingga menyalahi agama pula.

Selamat mencuba!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top