Kesilapan yang kita tak sedar berlaku ketika rancang kerja kahwin

Setiap individu mempunyai impian perkahwinan mereka sendiri dan untuk merealisasikan impian ini, persiapan yang teratur sangatlah penting. Namun begitu, masih ramai yang melakukan kesilapan ketika merancang majlis perkahwinan. Di sini, kami ada menyenaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh bakal pengantin ketika merancang kerja kahwin.

Multitasking

Dek kerana terlalu mementingkan kesempurnaan, anda mahu melakukan semuanya sendiri. Dari perihal busana perkahwinan sehingga ke bunga telur anda mahu selesaikannya sendiri sehinggakan anda merasakan tidak cukup tangan. Jangan begitu. Anda mempunyai pengapit yang boleh membantu anda. Agihkan tugasan dengan betul dan terangkan dengan terperinci apa yang anda mahukan supaya segala tugasan yang diagihkan diselesaikan dengan sempurna.

Jadi Realistik

Rancang perkahwinan mengikut kesesuaian bajet anda. Sekiranya bajet perkahwinan anda tidak begitu banyak, carilah tempat majlis kahwin yang bersesuaian atau pilihlah pakej makanan kahwin yang berpatutan harganya. Tidak perlulah sampai membuat pinjaman bank semata-mata hanya untuk kahwin. You can’t always get everything you want. Kalau mengimpikan busana pengantin daripada pereka terkenal, mungkin anda tidak memerlukan majlis persandingan di hotel-hotel mewah. Pilih satu yang betul-betul boleh menggembirakan anda.

Campur Tangan Ibu Bapa

Bukanlah mementingkan diri, tetapi kadangkala campur tangan ibu bapa daripada kedua belah pihak boleh membantutkan persiapan perkahwinan anda berdua, terutamanya sekiranya ibu bapa menanggung sedikit kos perkahwinan anda berdua. Perbincangan awal penting untuk mengelakkan pertelagahan dan terangkan kepada ibu bapa anda apa yang anda mahukan untuk majlis perkahwinan anda. Tentu mereka faham kerana perkahwinan hanyalah sekali dalam seumur hidup.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart