“Kenapa you bawa sayur kailan masa sanding”, Haziq Hotfm terkejut bunga tangan si isteri

Selebriti radio saluran Hot Fm, Haziq baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinanya yang ketiga bersama isteri tercinta. Sambutan sederhana dan meriah itu diadakan di kalangan keluarga dan sahabat rapat.

Dalam majlis itu, Haziq dan isteri Ayunda Putri yang berasal dari Medan Indonesia bersanding sekali lagi bagi mengembalikan kenangan seperti pasangan baru bernikah.

Memilih busana moden bewarna ungu gelap, pasangan mempelai ini kelihatan seperti pasangan pengantin baru. Malu-malu diatas pelamin.

Mereka yang dikurniakan sepasang cahaya mata ini dilihat bak pinang dibelah dua. Rata-rata pengikut laman instagram Haziq mengucapkan tahniah dan salam ulang tahun serta mendokan kebahagiaan mereka hingga ke hujung nyawa.

Bunga tangan sayur kailan?

Namun, apa yang mencuit hati Haziq dalam satu muat naik gambar meletakkan caption lucu apabila menganggap isterinya memegang sayur kailan sebagai bunga tangan.

Posting itu mendapat 6,756 likes dan 72 komen yang rata-ratanya terhibur dengan usikan Haziq.

Komen netizen

Apapun, kami ucapkan tahniah dan selamat ulang tahun yang ketiga. Semoga hubungan ini diberkati dan berbahagia hingg hujung nyawa.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d bloggers like this:
Shopping cart