5 Kegunaan Listerine Dalam Kehidupan Seharian Selain Sebagai “Mouth Wash” Yang Buat Orang Terkejut

Penjagaan gigi amatlah penting kepada setiap orang. Rutin penjagaan gigi yang biasa kita buat adalah seperti memberus gigi, floss, berkumur dengan pencuci mulut dan sebagainya. Bercakap soal kegunaan listerine dalam kehidupan seharian kita mungkin tidak perasan, ianya bukan sahaja boleh digunakan sebagai ubat berkumur.

Ingin tahu fakta lebih lanjut yang pelik tetapi menarik tentang listerine? Jom kami kongsikan untuk bacaan anda.

Apa itu ubat kumur mulut?

Ubat kumur mulut atau dalam bahasa rojaknya kita sebut sebagai listerine adalah sejenis cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersihkan mulut.

Ubat seperti ini memang terlalu banyak di pasaran sama ada di farmasi atau pasaraya dengan pelbagai jenama dan harga yang ditawarkan. Sehinggakan kita sendiri menjadi rambang mata untuk memilih yang terbaik bagi membantu gigi yang lebih sihat.

Dalam masa yang sama, ada juga beberapa jenis ubat kumur yang disyorkan sendiri oleh doktor gigi atau doktor bagi tujuan tertentu.

Cara menggunakan ubat kumur mulut dengan betul

Sebotol ubat pencuci mulut yang dijual di pasaran bukanlah murah. Ada yang sehingga berpuluh ringgat sebotol mengikut isipadu cecair per botol.

Justeru itu, amatlah rugi bila mana kita tidak tahu cara penggunaannya yang berkesan. Trik untuk anda yang keliru cara menggunakan ubat kumur yang betul, anda boleh ikuti tips mudah di bawah ini:

  1. Berkumur-kumur sekurang-kurangnya 30 saat. Bahan di dalam pencuci mulut tersebut tidak akan berfungsi dengan baik dan berkesan jika anda berkumur kurang dibawah daripada 30 saat.
  2. Pastiikan anda tidak hanya berkumur dengan menggunakan pencuci mulut sahaja. Pastikan juga menggosok gigi dengan betul dan menggunakan.

Kegunaan listerine dalam kehidupan yang pelik tapi berkesan

Ramai orang tahu listerine sebagai ubat kumur mulut atau ubat pencuci mulut. Tetapi tidak ramai orang tahu akan keberkesanan listerine dalam kehidupan apabila kita gunakan untuk sesuatu perkara lain.

Apakah perkara lain yang dimaksudkan itu? Berikut adalah penjelasan lengkap yang boleh anda cuba sendiri.

1. Bantu hilangkan kelemumur pada rambut

kegunaan listerine dalam kecantikan

Kelemumur menjadi musuh nombor satu kepada kaum wanita khususnya dalam mendapatkan rambut yang sihat dan segar sepanjang masa. Bagi yang tidak tahu, kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan.

Kegunaan listerine dalam kehidupan ia terbukti membantu dalam menghilangkan kelemumur. Caranya, basahkan rambut dengan sedikit air. Kemudian, tuangkan listerine secukupnya pada permukaan rambut itu.

Urut dan usap listerine supaya rata ke seluruh bahagian rambut sehingga kita terasa sejuk di kulit kepala. Bila siap, balutkan kepala dengan kain tuala selama 20 minit.

Selepas 20 minit, boleh bilas rambut tadi sehingga bersih. Jimatkan, tidak perlu pergi salun untuk buat rawatan kelemumur.

2. Hilangkan bau busuk dalam tong sampah

Bau tong sampah kadang kala buat kita malas untuk ke dapur. Bau busuk yang menusuk ke hidung memang membuatkan mood kita seharian jadi tidak selesa.

Mudah sahaja kalau anda gunakan listerine. Ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit listerine.

Seterusnya, tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain yang direndam listerine tadi ke atasnya. Kain itu dengan mudah akan menyerap bau busuk menjadi bauan yang lebih segar dan wangi.

3. Mengilatkan skrin TV dan monitor komputer

Kegunaan listerine dalam kehidupan bukan sahaja dari segi kecantikan. Boleh juga digunakan untuk mengilatkan skrin TV dan monitor komputer dengan sapu kain yang dicelupkan sedikit listerine pada permukaan skrin tersebut.

4. Membersihkan muka yang berjerawat

kegunaan listerine dalam kecantikan

Jadi frust bila kita sudah cuba bermacam produk pencuci muka yang mahal dan murah tetapi masalah jerawat masih tidak hilang sebaliknya bertambah teruk. Pernah tak anda mengalami masalah seperti ini?

Listerine boleh membersihkan muka yang berjerawat tau! Caranya, sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat itu nanti akan mula mengecut dan perlahan-lahan hilang dari kulit wajah kita.

5. Hilangkan bau busuk ketiak

Seharian di luar memang membuatkan ketiak kita rasa tidak selesa. Berpeluh, berbau tengik, dan semacamnya lagi.

Dalam keadaan macam ini, deodorant pula kita lupa hendak bawa dalam beg. Jangan panik, apa kata gunakan listerine untuk memberikan bau ketiak yang lebih segar.

Caranya, tuangkan sedikit listerine pada bebola kapas dan sapu pada bahagian ketiak. Ianya akan membuatkan ketiak lebih segar dan kita lebih berkeyakinan.

Kelalaian kita untuk menguruskan penjagaan gigi setiap hari akan menyebabkan pelbagai kesan kesihatan yang lain seperti masalah diabetes, masalah gusi, gigi rosak, bau nafas busuk, gigi mereput, masalah pernafasan, strok, masalah jantung, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa banyak sebenarnya kegunaan listerine dalam kehidupan kita. Justeru itu, gunakan ia sebaik mungkin untuk menambah kualiti pada kehidupan anda.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top